Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pengguna beragama Islam terbeli sandal dan cekak rambut yang diperbuat dari kulit

Dari pengalaman saya menceburi bidang membaiki kasut, lebih kurang 99.99% pengguna Islam tidak mengenali dan membezakan bagaimana rupa bentuk kulit babi, dibahagian mana selalunya ia digunakan dan apa yang perlu dilakukan jika terbeli barangan yang diperbuat dari kulit babi. Saya akan memberikan sedikit tip bagaimana anda dapat mengenali dan membezakan rupa bentuk kulit babi tersebut.
Perhatian untuk pengemar-pengemar kasut-kasut terpakai ( kasut bundle )......!!!!!!! AWAS JANGAN TERBELI KASUT YANG ADA BAHAGIAN TERTENTU DIBUAT DARI KULIT BABI......!!!!!!!!!! Dari tinjauan saya sendiri digerai-gerai menjual kasut terpakai bolih dikatakan kebanyakan kasut-kasut terpakai yang di import dari Hong Kong, Jepun bolih dikatakan kebanyakan kasut-kasutnya diperbuat dari kulit babi. Pernah saya memberitahu kepada penjua

Ketika masa memu

Untuk pengetahuan anda semua kasut-kasut yang dikeluarkan didalam negara memang atau bolih dikatakan tiada langsung yang diperbuat dari kulit babi. Tetapi kebanyakannya datang dari luar negara seperti Perancis, Portugal, Mexico, Hong Kong, Taiwan dan China. Disekitar tahun 80an kulit babi banyak terdapat di kasut-kasut berjenama Kickers yang diimport dari Portugal dan Perancis. Produk tersebut telah ditarik balik, lantaran ketika itu jenama Kickers menjadi kegilaan anak-anak Melayu. Untuk mengenali dengan pandangan mata kasar memang agak sukar kerana ia kelihatan hampir sama dengan rupa bentuk kulit biasa. Saya pernah bertanyakan kepada beberapa orang pelanggan yang telah terbeli dan terpakai kasut yang diperbuat dari kulit babi.., mereka mengatakan bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi keselesaan kasut yang diperbuat dari kulit babi dan sebaliknya. Ada yang mengatakannya kasut yang dipakai terasa lembut, selesa dalam apa jua keadaan. Benar ker...??????? Hanya mereka sahaja yang tahu.
Mari kita belajar untuk mengenali bagaimana rupa bentuk kulit babi....., untuk mengenali kulit babi itu amat mudah. Ia memang amat ketara berbeza dengan kulit-kulit yang lain dimana permukaan atasnya mempunyai titik-titik dot yang lekuk kedalam. Didalam setiap titik dot itu ada 3 titik dot yang lain, untuk memudahkan anda mengenalinya setiap titik dot bahagian luar tadi kalau dicantumkan mengikut garisan kebawah, keatas, ketepi ia menjadi 3 segi. Kulit babi biasanya berwarna putih kekusaman. Selalunya ia diletakkan dibahagian lapisan belakang tumit kasut, dibawah lidah kasut, dibahagian bawah lubang tali kasut. Untuk lebih mudah mengenalinya, ia akan terasa seperti lembap ataupun seperti terkena lembapan sabun bila terkena peluh dari kaki anda. Ada juga kulit yang hampir meyerupainya tetapi ia tidak mempunyai 3 titik lekuk didalam setiap lekukkan tersebut.
Apa yang perlu dilakukan jika terbeli kasut yang diperbuat dari kulit babi:-
- Pulangkan kasut tersebut kekedai dimana anda membelinya dan tukarkan dengan kasut yang lain atau dapatkan semula wang anda.
- Ataupun anda bolih menukarkan bahagian kulit babi tersebut dengan kulit yang lain tetapi anda mesti mendapatkan tukang-tukang kasut yang mempunyai kepakaran yang luas. Bukan tukang kasut yang berada dikaki lima begitu juga bukan tukang-tukang kasut yang tidak mengenali rupa bentuk kulit babi.
- Anda bolih juga menjualkan kasut tersebut kepada kekawan anda yang bukan beragama Islam jika mereka meminatinya
- Dan langkah terakhir anda laporkan kepada pihak yang bertanggungjawap ataupun ucapkankan hi..hi..bye..bye dan kirim salam kepada kasut tersebut dan anda guntingkan bahagian tertentu dan buangkan kedalam tong sampah agar sesiapa yang terjumpa tidak mengambil dan memakainya.