Assalmmualaikum bersua lagi kita.
Hari ini topik kita seperti diatas "Jangan mudah tertipu ". Mengapa saya memilih tajuk ini, percaya atau tidak selama ini anda tanpa disedari telah tertipu dengan tektik tukang-tukang kasut samaada dikedai menggunakan mesin berteknologi tinggi ataupun dikaki-kaki lima. Pernah tak anda menghantar kasut ,sandal atau barangan kulit anda untuk digam tetapi tukang kasut itu mengatakan bahawa kasut anda itu tidak bolih digam tetapi mesti dijahit atau dipaku dibawah tapaknya? Mungkin pernah kan?
Alasannya....... kasut itu tidak bolih digam atau supaya lebih kuat dan tak mudah terlekang, kalau kasut atau sandal tu berharga belasan ringgit rasanya ok lah tetapi apa perasaan anda jika kasut itu berharga ratusan ringgit dibuat seperti itu, Kalau dijahit dengan kemas dan menggunakan saiz benang yang sesuai tak apalah tetapi benangnya yang agak kasar dan jarak jahitannya pula terlalu jarak lebih dari 1/2 inci setiap satu. Nampak tak cantik.....!!
Tetapi sebenarnya kasut tersebut tidak perlu dijahit tetapi cukup sekadar digam saja. Walaupun hanya digam saja, itu sudah cukup kuat bolih bertahan melebihi 7 bulan keatas. Untuk gam itu dapat bertahan seperti itu anda atau si tukang kasut mesti tahu rahsia dan tekniknya. Kita mesti mengetahui dengan cara yang betul bermula dari proses awal hingga akhir. Menyapukan gam bukan main sapu aje...mesti ada teknik yang betul. Selepas disapu gam apa yang perlu dibuat. Adakah terus dilekat kedua permukaan kasut tadi? Atau dibiarkan hingga kering sapuan gam tersebut? Semua tip dan panduan telah saya ceritakan dibab yang lalu, jadi anda cuba sendiri dan anda bandingkan dengan cara tukang-tukang dikaki lima. Saya bukan hendak mencari kesilapan mereka tetapi anda ada hak untuk mempertikaikan cara-cara mereka, " customer is always right"
Monday, April 28, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)