Hari ini masuk hari yang ke17 umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa, tinggal tidak berapa lama lagi mereka akan merayakan hari yang dinanti-nantikan iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Bila anda pergi kemana sahaja berpusu-pusu orang ramai pergi membeli belah, bolih dikatakan semua pusat membeli belah penuh sesak dengan gelagat orang ramai membuat pilihan mereka . Begitu juga kebanyakkan jalan-jalan raya diseluruh Malaysia menjadi sesak lantaran kemeriahan suasana untuk menyambut Aidil Fitri yang menjelang tak berapa lama lagi.
Disana sini diadakan jualan murah...., offer sana offer sini..., tetapi sejauh mana apa yang ditawarkan itu menepati dan memberi kepuasan kepada orang ramai. Memang sudah menjadi lumrah, naluri manusia bila dikatakan ada jualan murah sahaja, kita akan berpusu-pusu ketempat tersebut, hingga menyebabkan kesesakan jalanraya, kesesakan didalam pusat membeli tersebut, mahupun ditempat parking. Orang ramai berebut-rebut memilih pakaian yang ditawarkan, seolah-olah macam tiada hari lain untuk membeli belah.
Namun begitu sejauh manakah barangan yang ditawarkan tersebut menepati apa yang ditawarkan? Untuk memberikan jawapannya memang agak sukar hanya tuan punya kedai yang membuat jualan murah itu sahaja yang dapat memberikan jawapannya. Dari kaji selidik yang pernah saya lakukan kepada beberapa orang pekerja kedai-kedai yang mengadakan jualan murah sebenarnya pakaian yang ditawarkan itu bukan dari pakaian yang sedia didalam kedai tersebut tetapi mereka memang menempah atau membuat pakaian tersebut khas untuk jualan murah dimana disegi kualitinya dikurangkan termasuk jenis fabriknya, benangnya dan mutu jahitannya tetapi nampak seperti pakaian yang berjenama Ramai yang tidak mengetahui perkara ini. Malahan dari penelitian saya sendiri, banyak pakaian yang dihantar kekaedai saya untuk dibaiki semula datangnya dari jualan murah.
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)