Anda mungkin pernah mengalami masalah seperti apa yang akan saya ceritakan sebentar nanti. Mungkin ramai yang teringinkan untuk memilikinya sepasang kasut tetapi disebabkan saiz yang tidak bersesuaian anda melupakan terus hasrat hati anda itu.
Pernah ke semasa anda keluar membeli belah anda terjumpa sepasang kasut yang selama ini memang menjadi idaman anda untuk memilikinya tetapi saiznya terlalu besar dan tidak ada saiz yang bersesuaian dengan anda? Anda mencarinya selama ini tetapi bila terjumpa masalah saiz menjadi penghalang. Adakah anda masih teringin untuk memilikinya ataupun anda melupakan saja hasrat anda itu?
Terfikir juga bila dibeli kasut tersebut tetapi tidak bolih dipakai, rasanya macam membazir sahaja. Kalau tak dibeli hanya tinggal sepasang saja yang ada dan tidak ada lagi....Andaikata dibeli bolih ke dikecilkan...., dimana dan siapa yang bolih mengencilkannya...., Pening-pening...,
Tahukah anda kasut yang besar memang bolih dikecilkan tetapi anda kena mencari dan menanyakan kepada ramai tukang-tukang kasut atau pembuat kasut. Mungkin ada yang mengatakannya bolih direpair..., tidak kurang juga yang mengatakannya tidak bolih dibuat apa-apa ( maksudnya ..., samaada dia memang tidak tahu, menganggap kerja leceh ataupun memang dia tidak mempunyai ilmu membaiki kasut yang secukupnya ).
Memang benar kerja-kerja untuk mengecilkan sepasang kasut memerlukan seseorang tukang kasut itu mempunyai ilmu membaiki kasut yang tinggi ataupun dia memang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut dan mempunyai kepakaran. Kerja-kerjanya memang melecehkan, anda terpaksa menanggalkan bahagian tapaknya dan bahagian " insole" ( lapisan dalam sebelum tapak) Kekadang tapak yang dibuka tidak bersesuaian untuk digunakan semula dan perlu ditukar dengan tapak yang baru tetapi jarang menjumpai tapak yang serupa. Ada kalanya bahagian lapisan dalam kulit ( lainning ) terpaksa dibuka untuk memudahkan proses mengecilkan saiz. Banyak bahgian jahitan yang perlu ditetas. Pokok pangkalnya ia memang memerlukan kemahiran yang tinggi dan kesabaran.
Bagi saya bila berhadapan dengan situasi seperti ini, saya akan memeriksa kasut tersebut terlebih dahulu. Saya akan memberitahu kepada tuan punya kasut itu masalahnya dan cari mengatasinya. Saya akan menerangkannya mana-mana bahagian yang perlu dibuka, ditetas benangnya ataupun tapaknya kena ditukar dengan tapak yang lain dan sebagainya. Saya kan menerangkan kepada pelanggan saya agar dia benar-benar faham dan tidak mahu timbul masalah dikemudian hari. Saya juga akan memberitahu berapakah kos yang dikenakan, jika dia bersetuju barulah saya menerima tugasan tersebut. Untuk pengetahuan anda kerja mengecilkan kasut kosnya memang agak mahal kerana anda terpaksa melakukan 6 kali proses. Pertama membuka tapak dan lainningnya. Kedua menetas bahagian benang jahitan. Ketiga mengukur semula saiz yang diperlukan. Keempat menjahit bahgian yang telah ditetapkan. Kelima membentuk semula kasut tersebut. Keenam memasang tapak dan kerja-kerja " finishing ". Sebab itu ramai tukang-tukang kasut menolak bila diberikan tugasan seperti itu..
Tuesday, June 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)