.bmp)
Anda bolih membaikinya dengan cara mereka satu design agar ia kelihatan cantik dan lain dari yang lain. Anda bolih memotong kain seluar jean anda seperti dalam gambar disebelah
Gunakan kain jean yang baru, bolih didapati dikedai-kedai yang ada menjualnya, seelok-eloknya carilah warna yang hampir serupa dengan jean anda. Buatlah rekabentuk yang anda kehendaki disini saya membuat satu rekaan bulat. Untuk mendapatkan bentuk bulat ini, anda bolih gunakan sebarang jenis benda yang berbentuk bulat dan sama besar dengan bahagian yang anda lukis diseluar jean anda itu. Kemudian digunting mengikut bulatan tersebut tetapi mesilah dilebihkan untuk lipatan..bmp)
Beginilah rupanya jean yang telah dibaikpulih (semasa gambar ini diambil ada bahagian yang belum dicantumkan bahagian sebelah dalam kiri dan kanan) Setelah dicantumkan anda bolih memakainya mungkin untuk 2 atau 3 tahun lagi, tentu menjimatkan kos, anda dapat memakai jean kesayangan anda dan yang penting walaupun nampak kelihatan sedikit rock tetapi ia lebih sopan. Jika ada bahagian lain yang terkoyak, anda bolih menggunakan kaedah ini dengan rekabentuk yang lain. Secara tidak langsung anda telah menjadikan satu fesyen untuk jean anda dan mungkin akan menjadi ikutan orang lain.
Dilain masa saya akan tunjukkan pula bagaiman untuk membaikpulih bahagian punggung , poket yang terkoyak. Setakat ini dulu.
Wassalam
No comments:
Post a Comment