Monday, May 12, 2008

Assalammualaikum dan salam bahagia.

Hari ini baru saya ada berkesempatan untuk menulis, disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan. Bagaimana kesihatan anda diluar sana? Mudah-mudahan anda semua berada dalam kesejahteraan hendaknya.

Hari ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang cara-cara mengecilkan kaki jean atau seluar dan sedikit tip tentang mengelakkan bahgian belakang kasut dari mudah terlepas-lepas bila berjalan.

Rasanya anda semua pernah menghantarkan seluar untuk di alter atau dikecilkan, tak kira dimana anda menghantarnya. Samaada dikedai- kedai membaiki jean di kawasan perumahan, dikedai-kedai didalam komplek perniagaan ataupun ditukang-tukang jahit. Ada yang merasa selesa jean atau seluar yang dibaiki tidak kurang juga ada yang merunggut dengan mutu kerja yang kurang memuaskan. Ada yang terpanjang, ada yang terpendek, ada yang kakinya kecil sebelah, ada yang lebih malang kaki terpendek sebelah, caj telah dibayar tetapi rasa tidak puashati timbul. Bagi yang menghantar ketukang-tukang yang berpengalaman semua masalah itu tidak timbul..., rasanya tentu anda pernah mengalami masalah seperti yang saya sebutkan tadi.

Mengapa perkara seperti ini berlaku? Adakah mereka tidak berpengalaman...., adakah mereka membuat kerja secara ala kadar ( cincai jer )..., ataupun mereka tidak peka untuk menjaga mutu kerja dan hanya mementingkan keuntungan sahaja? Hanya anda sendiri yang dapat memberikan jawapannya.

Dari pengalaman saya berkecimpung didalam bidang ini kesimpulannya yang bolih diberikan ( tetapi minta maaf berbanyak bukan niat hati untuk merendah-rendahkan kebolihan mereka ) ialah....., tugasan dan tanggungjawap yang diberikan tidak dibuat dengan hati yang iklas dan jujur.., tidak meletakkan diri sendiri sebagai pelanggan..., tidak mahu menganggap jean-jean atau seluar-seluar yang dihantar itu seperti jean atau seluar sendiri..., membuat kerja sambil lewa dan yang penting tidak mahu membaiki diri dengan mempelajari ilmu-ilmu membaiki jean atau sebagainya.

Kalaulah mereka meletak pelanggan adalah sebagai keutamaan pasti perkara yang saya jelaskan tadi tidak akan timbul. Tentu anda semua setuju dengan jawapan saya......., betul tak..?

Kita sambung semula tip-tip penjagaan kasut...., rasanya dah lama saya tidak menyentuh topik ini. Saya ingin bertanya kepada anda diluar sana...., pernah tak sedang anda berjalan tiba-tiba bahagian belakang kasut anda terlepas, bila dibetulkan pun perkara yang sama akan terjadi. Hendak dikatakan kasut anda itu besar sedikit saiznya ..tak mungkin...., 3 atau 4 bulan lepas perkara seperti ini tidak berlaku..? Apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini. Mungkin ada yang cuba menyumbatkan kertas tisu kedalam kasut dan bermacam-macam lagi cara yang dilakukananya. Tetapi sebelum kita dapat mengatasi masalah ini mari kita cuba mencari apakah punca sebenar yang menyebabkan kasut anda mudah terlepas bila berjalan.

Punca sebenarnya ialah kerana tidak keperihatinan kita sendiri tentang menjaga barang-barang kepunyaan kita. Semua ini berpunca dari cara kita memakai dan menanggalkan kasut, contohnya jika kasut itu bertali atau jenis sarung ( slip on ). Sesetengah orang semasa memakai atau menanggalkan kasut, mereka akan memijak bahagian belakang kasut. Katanya nak cepat..., memudahkan.., tanpa mahu membuka tali kasut. Tahukah anda dengan anda melakukannya seperti itu anda telah mencacatkan struktur kasut itu, membuatkan kulit kasut itu mudah koyak dibahagian yang selalu dipijak dan yang lebih parah lagi kasut tersebut kerap tertanggal bila di pakai.

Semua inilah penyebab utama kasut anda mudah tertanggal-tanggal bila anda berjalan. Memang tidak ada cara untuk membetulkannya kecuali anda menghantarkan ke tukang kasut yang yang betul-betul mempunyai kepakaran. Kebanyakkannya mereka akan berkata tak bolih buat apa-apa..., ada yang menyakitkan hati lagi dia suruh anda beli kasut baru. Kalau anda menghantarkan kasut itu kekedai saya, saya ada cara tersendiri untuk membaikinya, kelihatan seperti asal dan kasut anda tidak akan tertanggal-tanggal lagi dan yang penting ia dapat memanjangkan hayat kasut itu dan menjimatkan wang ringgit anda.

Rasanya setakat ini dulu, berjumpa lagi dilain topik.
Wassalam.

No comments: