Sunday, August 17, 2008

Bulan Puasa Tidak Lama Lagi

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan dan bulan Syawal, mungkin anda telah membuat persediaan lebih awal menghantar kain-kain baru ketukang-tukang jahit pilihan anda untuk dibuat baju raya. Ada yang telah menghantar sebulan dua yang lalu. Begitu juga dengan tukang-tukang jahit, mereka telah menerima tempahan baju seawal bulan Jun lagi. Malahan ada yang telah menolak tempahan seawal bulan Jun atau Julai lantaran takut tidak dapat menyiapkan tempahan-tempahan yang diterima.

Kebiasaannya di bulan Ramadhan yang akan datang ini, ramai tukang-tukang jahit yang tidak cukup tidur. Ada yang terpaksa bersengkang mata hingga ke waktu bersahur, ada yang menjahit dari malam hingga ke subuh, ada yang hanya tidur sejam dua diwaktu siang hari dan bermacam-macam ragam lagi. Ini bagi tukang jahit yang membuat tempahan secara kecilan atau dirumah tetapi tidak kurang juga bagi mereka yang mempunyai kedai, masalahan takut tidak dapat menyiapkan tempahan pasti akan timbul. Malahan ada yang masih menjahit dipagi raya, untuk menyiapkan pakaian untuk diri sendiri atau keluarga. Kalau anda tidak percaya cubalah bertanya sendiri kepada tukang-tukang jahit.

Persoalannya sejauh manakah kualiti dan keselesaan jahitan pakaian tersebut? Dari pengalaman saya yang lepas-lepas masalah pakaian yang baru ditempah dan diambil begitu banyak diterima untuk diperbaiki semula, malahan timbul rasa kasihan pula melihat mereka membawa 2 atau 3 pasang pakaian baru kekedai saya meminta untuk di alter semula.
Kebanyakan pakaian yang dihantar ialah seperti baju kebaya , kebaya moden, kebaya Riau/ Pahang tidak kurang juga baju kurung biasa dan yang ada les. Bila ditanya kenapa tidak dihantar semula kekedai yang dibuat tempahan....., anda nak tau apa jawapan mereka? Ada yang mengatakan telah direpair tapi masih tidak selesa, ....ada yang mengatakan tukang jahit tersebut tak sempat untuk membaikinya, .... ada yang mengatakan kena ambil masa seminggu dua..., dan bermacam-macam lagi jawapan yang diberi. Cuba anda bayangkan duit telah mereka bayar tetapi hasilnya kurang memuaskan dan terpaksa pula mengeluarkan duit lagi untuk membayar kos baikpulih pula. Bayangkan kalau dicampurkan dengan duit beli kain, minyak, parking, upah tukang jahit dan upah alter tentu mereka telah mengeluarkan satu kos yang tinggi. Kita sambung dilain masa....!!!!