Tuesday, June 10, 2008

Mengubahsuai Baju Kebaya

Bila kita sebut sahaja dengan baju kebaya, ia sononim dengan kaum perempuan. Bermacam jenis fesyen kebaya yang bolih dikaitan dengan mereka seperti kebaya nyonya, kebaya moden, kebaya Kota Bahru dan bermacam jenis lagi. Itu belum lagi jenis kebaya yang telah diubahsuai fesyennya mengikut perkembangan terkini. Ada yang suka memakai atau menempah baju kebaya dengan mengikut susuk tubuh atau mengikut bentuk tubuh sipemakai dan sebaliknya.Memang akan terasa bangga jika kawan-kawan yang memuji kita kelihatan cantik apabila memakai baju kebaya. Tetapi ada yang berkata sebaliknya.

Apatah lagi bila berat badan bertambah dan kelihatan agak gemuk sedikit atau anda memang amat berkenan dengan baju kebaya yang anda lihat dikedai tetapi ia tidak ada saiz yang sesuai dengan anda tetapi anda tetap ingin memiliki, lalu terus membelinya dan memakainya. Terasa bangga bila dapat mengayakannya tetapi ramai kawan-kawan anda menegur baju tesebut. Ada yang mengatakan macam baju pinjam sahaja..., ada yang menyarankan anda menghantar kebaya tersebut untuk direpair dan tidak kurang ada yang membirikan teguran sinis. Tentu anda akan merasa kecewa dengan teguran-teguran tesebut. Mulalah anda tidak mahu memakai baju kebaya tersebut dan merasa menyesal membelinya. Tetapi hari ini anda jangan merasa risau dengan masalah yang anda hadapi..., banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan mengecilkan pakaian. Samaada yang betul-betul mahir ataupun yang baru berjinak-jinak dengan bidang tersebut. Jika anda menghantar kekedai yang membuat atau menerima tempahan pakaian perempuan mungkin ada yang sanggup menerima dan tidak kurang yang menolaknya dengan alasan kerjanya leceh, susah yang terpaksa ditetas atau dibuka semua jahitan, buat baju baru lagi mudah dan bermacam-macam alasan lagi yang diberi. Kenapa mereka berkata demikan ...? Kerana mereka tidak begitu yakin dengan kemahiran yang dimiliki dan menganggap ia sesuatu yang tidak menguntungkan.

Sebenarnya kerja-kerja mengubahsuai baju kebaya ataupun apa jenis pakaian bukanlah sesuatu yang membuang masa atau tidak menguntungkan tetapi ia merupakan suatu bisnes yang amat menguntungkan jika anda pandai dan mempunyai kemahiran dan kepakaran yang luas dalam bidang tersebut. Contohnya seperti apa yang saya lakukan sekarang, selama 20 tahun lebih saya berkecimpung dalam bidang ini tanpa pernah berkerja makan gaji. Hanya melakukan kerja-kerja membaiki dan mengubahsuai pakaian sahaja dan tanpa membuat tempahan pakaian baru.

Malahan sekiranya anda menghantar apa jua fesyen pakaian dimana anda telah cuba menghantarnya kebeberapa buah kedai dan ditolak dengan alasan tidak bolih direpair atau diubahsuai insyallah sekiranya anda menghantar ke kedai saya segala masalah anda itu dapat diatasi. Malahan anda akan mendapat layanan yang istimewa dimana kerja-kerja mengukur untuk mengambil ukuran, kerja menetas, melakar ukuran baru dan menjahit akan dilakukan olih saya sendiri disamping anda akan diberikan beberap tip yang sesuai tentang pakaian yang anda pakai dan perkara yang berkaitannya .

Hari saya akan menunjuk beberapa tip dan cara-cara bagaimana mengecilkan serta mengubahsuai baju kebaya. Semuga apa yang saya tunjukkan ini dapat menyelamatkan pakaian atau baju kebaya anda yang terbesar atau yang sudah terkecil saiznya. Malahan jika anda seorang tukang jahit yang selama ini belum pernah atau yang sudah pernah membuat kerja-kerja mengecilkan pakaian, inilah masa yang sesuai untuk anda melakukannya. Jikalau anda ingin mendalami lagi ilmu mengecilkan atau mengubahsuai pakaian dapatkanlah " BUKU PANDUAN RAHSIA SERTA TEKNIK MEMBAIKI DAN MENGUBAHSUAI PAKAIAN TAHAP 1 " . Anda bolih memesannya daripada saya kerana saya telah membukukan segala pengalaman dan kemahiran saya selama ini menjadi sebuah buku panduan. Anda bolih memesannya ke alamat dan email yang telah saya berikan seperti di artikal 1.6.2008 yang lalu.



No comments: