Assallammualaikum dan apa kabar anda semua?
Hari ini telah masuk hari yang ke enam umat Islam di Malaysia berpuasa. Syukur alhamdulillah
kita telah menjalani ibadah puasa dalam keadaan cuaca yang begitu baik, walaupun setiap hari tidak kira pagi, tengah hari, petang mahupun malam hujan turun dan setiap petang anda semua terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya namun itulah ujian sebenar menguji kesabaran anda dibulan yang mulia ini.
Disamping itu diawal bulan puasa ini ramai yang mengambil peluang membeli belah untuk menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Kemana saja anda pergi, anda akan lihat iklan jualan murah, ada yang memberikan diskaun hingga 70 %. Malahan didalam suratkabar pasti setiap hari ada iklan jualan murah, dari pakaian, perabut, alat-alat elektrik hinggakan camera digital pun ditawarkan. Malahan ada tawaran jualan gudang disana sini. Anda yang menentukan sendiri barang keperluan apa yang hendak dibeli, yang penting janganlah terlalu boros bila berbelanja.
Biasanya dibulan ini tukang-tukang jahit atau tukang-tukang kasut memang tak menang tangan, tempahan perlu disiapkan mengikut jadual jika tidak pasti mereka akan menjadi kelam kabut bila banyak tempahan yang tertangguh ataupun belum disiapkan. Dari pengalaman saya berkecimpung dibidang ini, memang dibulan ini tempahan mencurah-curah masuk, setiap hari tak menang tangan untuk membuatnya. Ada yang terpaksa berjaga malam tak tidur malam semata-mata ingin menyiapkan jahitan, ada yang hanya tidur sejam dua sahaja. Itulah rutin harian tukang-tukang jahit bila bual puasa tiba.
Seperti tukang-tukang jahit yang lain walaupun saya tidak menerima tempahan untuk menjahit pakaian baru tetapi hanya menerima kerja untuk alterations atau ubahsuai (restyling) sahaja, namun begitu, ia lebih mencabar, pakaian-pakaian tersebut perlu disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika tidak mankin bertambah banyaklah pakaian yang perlu direpair dari jean yang hendak di alter, bag yang tercabut kepala zipnya, kasut yang perlu ditukar tapak hinggakan baju kurung atau kebaya yang perlu diubahsuai. Bermacam ragam dan kerenah pelanggan yang perlu dilayan.
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)