Friday, April 25, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Apa kabar anda semua ,,semuga sehat hendaknya...Apa perancangan hari ini ? Mungkin ada yang membawa keluarga pergi berkelah, mungkin ada gak yang membawa keluarga balik kampong ataupun mungkin ada yang membawa keluarga bersiar-siar ditepi pantai....., walaupun apa jua perancangan anda berhati-hatilah di jalan raya dan jangan abaikan keselamatan keluarga anda.



Hari ini saya tidak dapat menulis panjang kerana terpaksa menemui seseorang sebentar lagi. Lagi pun hari ini saya tidak berapa sehat.., kerana kaki saya sakit yang terpaksa saya menggunakan tongkat untuk berjalan.



Maaf kerana tidak meninggalkan komen-komen yang bernas hari.



Wasslam.

Selamat Datang


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu salam perkenalan diucapkan kepada semua peminat-peminat blog dan anda diluar sana. Saya merupakan orang baru dalam dunia blog ini dan inilah pertama kalinya saya menulis didalam ruangan blog. Mungkin akan terdapat banyak kesilapan yang akan dilakukan justru itu harapan saya agar anda semua tidak mentertawakannya tetapi membantu saya membaiki mutu tulisan saya begitu juga isi kandungnya.

Tentu anda semua tertanya apakah maksudnya klinik kasut tu....saya rasa anda semua tahu apa maksudnya. Mungkin ada yang berkata ....tempat membaiki kasut, kedai tukar tapak,tumit dan sebagainya. Tetapi sebenarnya terjemahanya amatlah luas.

Apa yang akan dibincangkan ini adalah dari pengalaman saya menjadi seorang tukang kasut. Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada semua peminat-peminat blog atau pembaca yang bergelar tukang kasut.

Saya ingin berkongsi dengan anda ilmu yang saya dapat, sekurang-kurangnya apa yang saya ada ini dapat dikongsikan dengan anda semua. "orang bijak pandai ada berkata , ilmu yang baik itu wajib disebar-sebarkan agar semua mendapat manafat bersama ".

Kalau nak bercerita tentang "repair" kasut ni..., 2 hari 2 malam pun tak kan abis... tukar tapak laa.., tukar tumit la.., tukar lapik tumit laa.., tambah "half sole" laa.., tukar warna laa..,kecilkan size laa..,pejagaanya dan bermacam-macam lagi.

Cukup sampai disini dahulu coretan saya, sila tinggalkan komen atau pertanyaan anda untuk kita bincangan nanti.

Wassalam.