Tuesday, July 1, 2008

Mari kita sambung lagi tentang topik barangan yang diperbuat bukan dari kulit. Minggu lepas kita telah bercerita tentang handbag yang diperbuat bukan dari kulit, hari ini saya akan mengupas pula topik berhubung kasut yang diperbuat "pu atau pvc" ataupun bahan yang menyerupi sifat-sifat kulit.

Kalau anda pergi kekedai-kedai kasut tepi kaki lima, pasar malam, kedai biasa mahupun yang berada didalam komplek perniagaan yang canggih anda akan dapat melihat berpuluh-puluh mahupun ratus fesyen kasut yang dipamerkan, samaada yang diperbuat dari kulit ataupun tidak. Hingga anda rambang mata untuk membuat pilihan. Ada yang berharga serendah RM 10.00 hinggalah yang beribu ringgit sepasang. Dan jika anda buat tinjau lagi anda akan dapati kasut yang diperbuat bukan dari kulit memenuhi pasaran. Persoalannya mengapa begitu? Untuk mendapatkan jawapan yang tepat agak sukar. Secara ringkasnya kita ambil kesimpualan, disebabkan harganya murah dan fesyen yang pelbagai menjadikan ia diminati pelanggan.
Kadang kala anda bolih memilikinya lebih dari sepasang kadangkala 3 hingga 4 pasang bolih dimiliki. Hari ini pakai baju ini guna kasut ini begitulah seterusnya. Alasannya murah bolih beli lagi kalau rosak ataupun bolih dihantar ketukang-tukang kasut untuk diperbaiki. Tetapi jika membeli kasut yang diperbuat dari kulit harganya mahal, hanya dapat sepasang sahaja. Hari-hari pakai kasut yang sama. Itu memang betul, tetapi disegi pelaburan jangka panjang anda yang membeli kasut diperbuat dari kulit dapat menjimatkan duit mereka walaupun sepasang berbanding mereka yang membeli kasut diperbuat dari pu atau kulit campuran. Kenapa saya bekata demikian, kalau anda nak tahu jawapannya anda kena tunggu saya menyambung topik ini nanti. hehe.... jangan marah.