Thursday, November 28, 2013

BERTEMU KEMBALI

Assalammualikum dan salam sejahtera.

Apa kabar anda semua...? mudah-mudahan ceria -ceria selalu..., rasanya dah lama betul saya tak menulis di sini... memang sudah menjadi hukum alam, kita ibarat seperti roda sekali di atas dan ada kalanya kita di bawah., sekali kita sehat dan sesekali kita sakit...

Tentu anda semua ternanti apakah tip- tip yang hendak diberikan. Ok hari ini saya ingin memberikan satu tip atau petua penjagaan barangan kulit seperti  kasut, handbag, wallet. Minat sesorang ni tentang barangan kulit berbeza antara seorang dengan yang...... ada yang suka membeli handbang berwarna hitam, coklat, pink, dan tak kurang yang berwarna cream..., begitu juga dengan kasut. Waktu kasut atau handbang tu masa baru memang laa tak jadi masalah dan ada teruja memakainya. Tetapi setelah 6 bulan ke setahun memakainya timbul rasa muak atau mcm nak dibuang jer barangan tersebut disebabkan terdapat kesan-kesan peluh atau permukaannya bertukar gelap sedikit tak kurangnya juga kulitnya menjadi kusam..... aduuusssss...cmner nieee....!!!!

Ok hari ini saya akan membantu anda untuk mencantikkan semula barangan kesayangan anda itu..terdapat 2 cara.. sebelum itu anda perlu menyediakan barangan yang saya sebut ini:-

A.   CARA PERTAMA;
1.   Kain jenis cotton atau tshrt lama yang tak digunakan lagi
2.   Sabun mandi.
3.   Semangkuk air ( isi sedikit jer air )

CARANYA:-
1.   Langkah pertama bersihkan hanbag atau kasut tu dari sebarang kotoran.
2.   Kemudian basahkan sabun mandi tersebut dengan air yang kita perlukan hanya buihnya sahaja.
3.   Basahkan kain tadi dengan buih sabun kemudian kita lapkan keseluruhan permukaan kasut atau
      handbag tadi. Lakukan beberapa kali sehingga kesan pen, peluh atau warna kusam tersebut hilang.
4.   Ulang langkah 3 tadi sehingga anda rasa puashati.
5.   Biarkan seketika .. disini ramai yang akan tersilap langkah dimana barangan kulit tadi terus dijemur
      dibawah sinaran cahaya matahari... itu bukan cara yang betul.
6.   Masukkn beberapa helai suratkabar lama kedalam kasut atau handbag tersebut kemudian kita kering
      dalam suhu bilek..
7.   Setelah barangan kulit kita itu betul-betul kering baru la dipolish / dikiwi dengan kiwi neutral dan
      JANGAN SESEKALI anda mengunakan kiwi air yang didalam botol .., sebab anda akan
      membuatkan barangan kulit anda cepat rosak terutama sekali kasut.
8.   Kemudian baru dijemor dibawah cahaya matahari ... kemudian lakukan semula langkah 7 tapi
9.   Kebaikan anda lakukan langkah 8 tadi ialah anda akan membuatkan kandongan bahan kiwi itu
      menyerap kedalam kulit dan melembutkannya juga membunuh bakteria yang ada .
10. Seterusnya barulah dikilatkannya.. sehingga memancar-mancar .. hehehehe....

Ok.., untuk cara ke 2 saya akan terangkan di post yang akan datang..., selamat mencuba

Thursday, December 23, 2010

Mana satu yang lebih senang

Salam..,
Ramai yang berpendapat kerja2 alterations / restyling nie sesuatu yang melecehkan, mula2 kena buka/ tetas jahitan, buat ukuran baru atau pola baru dan barulah dijahit.., tu step yang mudah tetapi ada yang agak sukar kena melalui 4 ker 5 step baru pakaian tersebut siap.... huuuuuuu...pening2. Semua nie yang membuatkan tukang2 jahit merasa malas tuk membuat kerja alterations nie.., bagi mereka lebih senang buat baju baru., letak kain ukur, ukur, potong dan jahit, siap sehelai..., hehehehe...

Bagi yang telah lama berkecimpung di bidang alterations lak, mereka beranggapan kerja2 nie mcm kacang.., senang dan mudah.., hehehehhe.., malahan harga yang dicaj kadang kala melebihi harga tempahan sehelai baju baru.., malahan bagi yang mula-mula menceburi bidang ini pun.. memang langsung tak tahu menjahit tetapi disebabkan semangat yang kuat, mereka sekarang telah menjadi seorang pakar alterations.

Bagi anda yang baru dan ingin berjinak-jinak dengan dunia alterations dan tak tau skil dan cara-cara pengubahsuai sesuatu pakaian, anda jangan risau saya telah memudahkan tugasan anda itu di mana saya telah menulis sebuah buku panduan " RAHSIA DAN TEKNIK ALTERATIONS / RESTYLING JEAN DAN SLACK TAHAP SATU". Di dalam buku panduan tersebut di tunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk alter jean, di samping dilengkapi dengan gambar-gambar berwarna dengan sususan ayat-ayat yang mudah anda fahami.., buku ini juga ditulis berpandukan pengalaman sebenar saya berkecimpung di bidang tersebut. Di samping itu saya juga ada menulis sebuah buku panduan " RAHSIA DAN TEKNIK MEMBAIKI KASUT YANG AMATMURAH, EFEKTIF DAN TAHAN LAMA "Dapatkan segera buku-buku panduan tersebut dengan harga yang berpatutan, untuk maklumat lanjut sila call / sms ke; 019 383 1978 ataupun emailkan ke; uptrend07@gmail.com.

Tuesday, December 21, 2010

Hampir 8 bulan berlalu.

Ass'kum dan salam sejahtera,

Hampir 8 bulan berlalu saya tidak menulis apa2 di blog nie. Bukannya kekurangan idea tetapi keadaan yang tak mengizinkan. Insyallah selepas nie saya akan kemaskini semula kandungan blog ini semula..,

Berita terbaru, sekarang saya telah menambah satu lagi produk.. menerima tempahan pakaian wanita, seperti baju kurung, kurung moden, kebaya.., tempahan telah dibuka. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat tempahan untuk Hari raya Puasa tahun depan boleh laa mulai sekarang, untuk pertanyaan sila call / sms ; 019 383 1978.