Sunday, April 4, 2010

Berhati - hatilah

Pagi tadi seorang pelanggan datang ke kedaiku dengan muka yang semacam, dari raut wajahnya seolah-olah beliau tidak berpuashati dengan seseorang. Ditangannya tergenggam erat sebuah bag plastik yang entah apa isinya...namun dari pengamatanku didalamnya terdapat sehelai jean dan sepasang kasut..

Dari mulutnya masih kedengaran suara-suara tidakkepuasan.... lantas saya bertanya kepadanya apakah masalahnya..., lantas dengan segera beliau mengeluarkan barang-barang dari dalam bag plastik tadi..Dengan nada marah
...." nilah dia tukang-tukang kasut dan tukang-tukang jahit, bila ditanya boleh repair nie tak...semuanya kata boleh....tapi apa dah jadi dengan barangan saya..langsung tak boleh pakai..." rungut beliau. Setelah melihat jean dan kasut beliau saya menyakinkannya bahawa saya boleh membaikinya semula dan beliau tidak perlu risau...!!!!!

Pengajaranya dari cerita tadi...., anda haruslah berhati-hati untuk memilih atau menghantar pakaian atau kasut anda ke tukang-tukang jahit atau tukang-tukang kasut agar barangan anda tidak akan rosak . Bukan semua orang boleh membuat kerja-kerja alterations dan baikpulih jean serta kasut.., semua akan berkata boleh tetapi setimpal kah duit yang diambil dengan servis yang diberi..???????????. Anda fikir-fikirkanlah............!!!!!!!