Saturday, May 3, 2008

Tempoh hari kita telah bercerita tentang tip penjagaan kasut dan barangan kulit, mungkin anda telah mempraktikannya dan hari ini kita akan menyambung semula bab tip penjagaan kasut dan barangan kulit.

Mungkin anda pernah mengalami situasi kasut basah terkena hujan, terpijak lopak berisi air ataupun membasuh kasut dan barangan kulit anda kerana kelihatan amat kotor? Apakah tindakan anda untuk mengatasinya. Mungkin anda membiarkan saja agar ia kering dengan sendirinya ataupun anda menjemurnya ditengah-tengah sinaran cahaya matahari.

Hari ini saya akan memberikan satu tip bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi itu. Sebelum anda mengambil apa-apa tindakan, beberapa langkah yang perlu anda ambil:-

1. Periksa dahulu keadaan kasut anda sama ada ia betul-betul basah luar dan dalam.
2. Kemudian dapatkan beberapa helai suratkhabar lama, renyuk-renyukkannya dan sumbatkan kedalam kasut anda selain suratkhabar anda bolih juga menggunakan kertas tisu.
3. Kenapa kena lakukan sedemikian? Suratkhabar dan kertas tisu berfungsi sebagai agen penyerap air atau kelembapan. Selain itu ia berfungsi mengekalkan pembentukkan kasut agar kasut atau barangan kulit anda tidak melengkung ketika menjemurnya.
4. Kemudian anda jemurkannya didalam suhu bilik ataupun dibawah cuaca yang tidak terlalu terik (panas ). Jika anda menjemur dibawah sinaran cahaya matahari yang agak terik, anda akan menjadikan kulit kasut atau barangan kulit anda menjadi keras, kejang dan menjadi tidak selesa bila dipakai dan menjadikan kulit kasut anda cepat koyak
5. Biarkan kasut anda kering dengan sendirinya. Setelah kasut dan barangan kulit anda kering, gunakan kiwi kasut dengan menyapukan disekeliling kasut tersebut. Jangan dikilatkan dahulu, jemurkan dibawah cahaya matahari lebih kurang 10 ke 15 minit.
6. Angkat kasut tersebut kemudiankan sapukan sekali lagi kiwi kasut disekeliling kasut atau barangan kulit, biarkan lebih kurang 15 minit.
7. Langkah seterusnya kilatkan kasut atau barangan kulit anda tadi.
8. Anda akan mendapati kasut atau barangan kulit anda lebih lebih lembut dan kelihatan lebih cantik.

Selamat mencuba.