Rasanya dah lama saya tidak menulis diblog ini, bukannya dah kekeringan idea tapi ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakakan. Saya meminta maaf berbanyak-banyak kerana kesulitan tersebut.
Hari ini saya ingin membincangkan satu topik berhubung pemilihan beg tangan, ada yang memanggilnya tas tangan tak kurang juga yang menyebutnya handbag. Mungkin selama ini anda terkeliru ataupun anda telah ditipu olih penjual-penjual bag tangan samaada di kedai didalam supermarket atau di kedai biasa, di kaki lima mahupun dipasar-pasar malam yang mengatakan beg tangan tersebut diperbuat dari kulit. Malahan mereka bersungguh-sungguh mengiakannya dengan membuat pelbagai demo. Saya rasa lebih kurang 90% daripada kita memang tidak mempunyai pengetahuan tentang kulit, jika situkang penjual itu berkata bag tangan itu diperbuat dari kulit (walhal ia dibuat dari campuran pu,pvc ataupun campuran yang meyerupai 95% kulit ) pun mungkin anda akan percaya. Biasanya kaum wanita lah yang sering tertipu dan ditipu olih penjual-penjual handbag tersebut. Tak sampai setahun permukaan bag tangan tersebut mulai mengelupas.
Sedikit info, biasanya sifat kulit ia tidak akan mengelupas mahupun tertanggal permukaan luarnya. Ia lebih anjal, lembut bila dipegang, kalau diramas ia akan meninggalkan permukaan yang berkedut-kedut halus dan bergantung jenis kulit itu samaada kulit kambing ker, kulit lembu ker, kulit anak lembu ker, kulit kerbau ker ataupun kulit ular. Baunya agak sedap dihidu, biila dipolish ia akan berkilat dan bersinar, dan akan menjadi keras bila terkena hujan tetapi bolih dilembutkan bila dipolish.
Berbeza pula campuran pu,pvc campuran tiruan yang lain, Sifatnya lembut tetapi bila lama dipakai, permukaan bahagian luarnya akan megelupas atau tertanggal. Bila diramas-ramas ia tidak akan meninggalkan kedutan-kedutan yang halus. Baunya agak menusuk hidung, seperti bau bahan kimia atau bau plastik. tidak meninggalkan kesan bila terkena hujan. Malahan harganya lebih murah.
Jadi setelah anda mengetahui sedikit sebanyak perbezaan antara kulit dan bukan kulit saya berharap anda semua tidak akan mudah ditipu lagi olih penjual-penjual barangan kulit yang tidak beretika.
Thursday, June 26, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)