Sunday, October 12, 2008

Askum dan salam sejahtera,

Hari ini.., adalah hari yang penting bagi anda yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan 3 kerana mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah at
au lebih dikenali sebagai PMR. Marilah kita bersama-sama mendoakan anak-anak kita agar dapat menjawap segala kertas-kertas soalan dengan tenang dan dengan tepat disamping medapat keputusan yang cemerlang.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengu
capkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada anda semua terutamanya yang beragama Islam. Hari ini telah masuk hari yang ke 13 umat Islam merayakan hari yang mulia ini. Disana sini ada saja jemputan rumah terbuka, jemputan dari adik beradik, sahabat handai, jiran tertangga mahupun parti-parti politik. Ketika inilah kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih rapat lagi disamping menikmati juadah yang dihidangkan. Mungkin selepas Hari Raya ini ramai yang akan merunggut berat badan bertambah, hinggakan pakaian yang baru ditempah ada yang mulai ketat di ang disana sini. Malahan ada seluar yang baru dibeli ketika bulan puasa baru-baru ini sudah tidak muat dan ketat pinggangnya. Semua ini kerana gara-gara beraya sakan.... he..he...he....

Ada juga diantara kita yang sedang mengira berapa banyakkah pebelanjaan yang telah dikeluarkan ketika menyambut Aidil Fitri yang lalu, dengan duit baju rayanya
,kuih muih, tol, minyak untuk balik kampong, duit-duit raya untuk anak-anak buah . Ada yang menepuk dahi, ada yang tersandar didinding, ada yang termenung panjang memikirkan jumlah duit yang telah dibelanjakan, nak tunggu gaji lambat lagi..hai.. bermacam-macam ragam yang akan kita lihat dan dengar.

Namun begitu ada juga segelintir yang menyambut Aidil Fitri kali dengan mood yang kurang ceria, asyik terperap saja dirumah. Bila diajak untuk beraya kerumah sanak sedara pelbagai alasan diberi. Mana tidaknya....., ingatkan pakaian yang baru
ditempah dapat digunakan kita merayakan Syawal yang mulia ini tetapi berlaku sebaliknya. Ada pakaian yang ditempah terkecil dan ada yang terbesar saiznya, untuk yang terbesar saiznya bolih gak digagahkan untuk dipakai tetapi bagaimana yang terkecil saiznya. hendak tak dak nakan terpaksa dipakai juga atau menggunakan pakaian yang lama. Beginilah akibatnya jika pakaian yang ditempah itu tidak diambil awal dan dicuba dahulu. Jika diambil awal, anda bolih menghantar semula kekedai tersebut untuk dibaiki atau dihantar kekdai yang menyediakan perrkhidmatan membaiki pakaian perempuan. Setakat hari sahaja sebayak 40 pasang baju baru telah dihantar kekedai saya untuk dibaiki semula. Saya bertanya kepada mereka kenapa tidak dihantar semula ketempat pakaian tersebut ditempah, jawapan yang diberi..., lambat untuk disiapkan, jauh dan tak kurang juga melahirkan rasa marah dan kecewa. Dari pengamatan saya baju-baju yang ditempah itu tidak dibuat dengan betul dan teliti, ia dibuat secara tergesa-gesa, kelam kabut..., asalkan siap. Mana tidaknya baju-baju tersebut tidak mempunyai garisan pola, hanya dijahit bahagian tepinya saja dan terus dijahit. Maaf....., bukan saya untuk menyalahkan tukang-tukang jahit, tetapi itulah kebanyakkan kesilapan yang dapat dikesan ketika saya menerima pakaian yang hendak dibaiki semula. Bahkan saya berani menyatakan 95% tukang-tukang jahit perempuan tidak membuat garisan pola ketika membuat, mengukur pakaian baru. Kalau ada pun seperti ala kadar seperti melepas batuk ditangga sahaja, bila menjahit tidak mengikut garisan yang dibuat. Sebab itu pakaian yang ditempah tidak selesa dipakai.