Hari ini.., adalah hari yang penting bagi anda yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan 3 kerana mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali sebagai PMR. Marilah kita bersama-sama mendoakan anak-anak kita agar dapat menjawap segala kertas-kertas soalan dengan tenang dan dengan tepat disamping medapat keputusan yang cemerlang.
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada anda semua terutamanya yang beragama Islam. Hari ini telah masuk hari yang ke 13 umat Islam merayakan hari yang mulia ini. Disana sini ada saja jemputan rumah terbuka, jemputan dari adik beradik, sahabat handai, jiran tertangga mahupun parti-parti politik. Ketika inilah kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih rapat lagi disamping menikmati juadah yang dihidangkan. Mungkin selepas Hari Raya ini ramai yang akan merunggut berat badan bertambah, hinggakan pakaian yang baru ditempah ada yang mulai ketat di ang disana sini. Malahan ada seluar yang baru dibeli ketika bulan puasa baru-baru ini sudah tidak muat dan ketat pinggangnya. Semua ini kerana gara-gara beraya sakan.... he..he...he....
Ada juga diantara kita yang sedang mengira berapa banyakkah pebelanjaan yang telah dikeluarkan ketika menyambut Aidil Fitri yang lalu, dengan duit baju rayanya,kuih muih, tol, minyak untuk balik kampong, duit-duit raya untuk anak-anak buah . Ada yang menepuk dahi, ada yang tersandar didinding, ada yang termenung panjang memikirkan jumlah duit yang telah dibelanjakan, nak tunggu gaji lambat lagi..hai.. bermacam-macam ragam yang akan kita lihat dan dengar.
Namun begitu ada juga segelintir yang menyambut Aidil Fitri kali dengan mood yang kurang ceria, asyik terperap saja dirumah. Bila diajak untuk beraya kerumah sanak sedara pelbagai alasan diberi. Mana tidaknya....., ingatkan pakaian yang baru






No comments:
Post a Comment