Friday, May 30, 2008

Cara-cara Membaiki Tali handbag Yang Terputus

Gambar 1, Tali handbag yang terputus talinya.

Gambar 2, buatkan tanda bahagian yang hendak dipotong seperti dalam gambar

Gambar 3, bahagian yang terputus tadi dipotong mengikut ukuran yang betul dan seelok-eloknya keempat-empat tali penyandang tersebut dipotong mengikut ukuran yang sama.

Gambar 4, beginilah caranya untuk menyambungkan bahagian yang terputus.

Gambar 5, setelah dilekatkan dikedudukan yang betul bolihlah anda mula menjahitnya

Gambar 6, anda bolih menjahit seperti didalam gambar jika anda tidak mempunyai mesin jahit bolih dijahit menggunakan tangan ataupun menghantarnya kekedai yang mempunyai perkhidmatan membaiki beg

Gambar 7, beginilah hasilnya setelah anda melakukan sedikit sentuhan dan melahirkan sedikit daya kreatif anda dengan mengubahsuai tali handbag yang terputus hingga bolih digunakan semula.





Monday, May 26, 2008

Cara Membaiki Kasut Yang Terlekang Gamnya

Gambar 1
Beginilah keadaan kasut yang terlekang gamnya dan cara-cara untuk membaikinya


Gambar 2
Setelah disapu dengan gam, dijemur untuk mengeringkan gam


Gambar 3.
Anda bolih menggunakan jari untuk menentukan sapuan gam tersebut telah kering sebelum anda melekatkan kedua permukaan.

Gambar 4

Kedua belah permukaan telah dilekatkan

Gambar 5
Beginilah keadaan kasut yang telah dibaiki.





Sunday, May 25, 2008

Tip-tip Cara Mengukur Size Pinggang Seluar Atau Jean.

Pernah ke tidak anda mengalami masalah ketika anda membeli seluar atau jean terbesar sedikit size pinggang walaupun saiz yang tercatat adalah size yang biasa anda gunakan? Begitu juga ketika anda menghantar jean atau seluar untuk dikecilkan walaupun telah dikecilkan namun ia masih besar.
Perkara sepeti ini pernah berlaku kepada semua orang samaada anda, saya dan orang lain. Kekadang terkecil dan terbesar saiznya. Mengapa ini berlaku sedangkan saiz yang dipilih adalah betul dan hanya berlaku kepada seluar atau jean sahaja. Untuk pengetahuan anda kebanyakkan seluar atau jean yang dijual saiz yang tercatat adalah tidak tepat.., contohnya kalau saiz yang tercatat 29 inci tetapi apabila diukur ia menjadi 30.5 inci. Untuk mengelakkannya disini saya akan memberikan beberapa tip-tip cara-cara mengukur size pinggang yang betul.




Untuk mencari ukuran pinggang yang tetap ikutilah langkah-langkah seperti berikut ( saiz yang tercatat
pada seluar ini ialah 33 inci dan mari kita lihat perbezaannya)
1. Langkah pertama, gunakan tali pengukur mulakan mengukur hadapan bermula dari bahagian butang tarik tali pengukur dengan mengurut tali pengukur bersama kain seluar tersebut. Kedua-dua bahagian hendaklah selari seperti gambar disebelah jangan dilepaskan bahagian yang dipegang ( tangan kanan). Bermula dari 0 hingga keangka 13.




2. Langkah kedua, terus memegang tali pengukur berserta kain seluar tarik dan urut tali pengukur itu sehingga ke angka 25, pegang dan jangan lepaskan.







3. Langkah ketiga, dari angka 25 inci tarik dan urut tali pengukur hingga bertemu kebahagian butang hadapan semula dan kita akan dapati sizenya ialah 34 inci walhal size yang tercatat ialah 33 ini menunjuk bahawa ukuran yang tercatat adalah tidak tepat.


Wednesday, May 21, 2008

Membaikpulih bahagian lutut ( jean ) yang terkoyak

Jean koyak dilutut memang telah menjadi trend anak-anak muda zaman sekarang, tidak kira lelaki atau perempuan malahan golongang yang berumor pun tetap meminati trend ini. Ada yang membiarkannya hinggaa menampakkan kulit dan lutut sipemakai da bermacam-macam gaya lagi yang ditonjolkan. Namun fesyen ini ada pro dan contranya ...., ada yang suka kelihatan begitu dan ada yang mula risau bila berkeadaan begitu dan anda yang bercadang untuk membuangkan saja, malahan yang terasa sayang dengan jean tersebut memakai terus tanpa membaiki. Dari sehari ke sehari koyaknya semangkin besar. Anda jangan risau masalah anda itu bolih anda selesaikan jika anda kretif sedikit. Walaupun trend ini menjadi kegilaan anak-anak muda sekitar tahun 80 'an namun ia masih lagi bolih praktikan. Ada banyak cara untuk membaikpulihnya, samaada anda menampalnya dengan menggunakan jahitan zig-zig ataupun anda menampalnya dengan kain jean yang lain.




Anda bolih membaikinya dengan cara mereka satu design agar ia kelihatan cantik dan lain dari yang lain. Anda bolih memotong kain seluar jean anda seperti dalam gambar disebelah

Gunakan kain jean yang baru, bolih didapati dikedai-kedai yang ada menjualnya, seelok-eloknya carilah warna yang hampir serupa dengan jean anda. Buatlah rekabentuk yang anda kehendaki disini saya membuat satu rekaan bulat. Untuk mendapatkan bentuk bulat ini, anda bolih gunakan sebarang jenis benda yang berbentuk bulat dan sama besar dengan bahagian yang anda lukis diseluar jean anda itu. Kemudian digunting mengikut bulatan tersebut tetapi mesilah dilebihkan untuk lipatan.



Beginilah rupanya jean yang telah dibaikpulih (semasa gambar ini diambil ada bahagian yang belum dicantumkan bahagian sebelah dalam kiri dan kanan) Setelah dicantumkan anda bolih memakainya mungkin untuk 2 atau 3 tahun lagi, tentu menjimatkan kos, anda dapat memakai jean kesayangan anda dan yang penting walaupun nampak kelihatan sedikit rock tetapi ia lebih sopan. Jika ada bahagian lain yang terkoyak, anda bolih menggunakan kaedah ini dengan rekabentuk yang lain. Secara tidak langsung anda telah menjadikan satu fesyen untuk jean anda dan mungkin akan menjadi ikutan orang lain.

Dilain masa saya akan tunjukkan pula bagaiman untuk membaikpulih bahagian punggung , poket yang terkoyak. Setakat ini dulu.
Wassalam

Thursday, May 15, 2008

Mengantikan Zip Yang Rosak




Beginilah keadaan beg pakaian yang kepala zipnya yang telah rosak. Dalam keadaan begini cara yang terbaik ialah dengan menggantikan kepala zip itu dengan kepala zip yang baru. ( Anda jangan mudah tertipu dengan tektik tukang-tukang membaiki baik dengan mengatakan bahawa zip beg anda perlu ditukar dengan yang baru, ini sering berlaku kalau anda ttidak peka)



Beginilah keadaannya beg yang rosak kepala zipnya tadi setelah digantikan dengan zip yang baru. Anda perhatikan jenis kepala yang digunakan tertera perkataan YKK ( ini adalah zip yang terbaik untuk digunakan sebagai kepala zip untuk semua jenis beg )



Cuba lihat perbezaan antara 2 kepala zip ini, kepala zip yang telah rosak tangkai pemegangnya tertanggal disamping keadaannya rupa bentuknya ia akan terngangang sedikit. Berbanding pula dengan kepala zip yang elok, ia dalam keadaan yang baik

Wednesday, May 14, 2008

Pernah ke tidak ketika anda sedang sibuk memasukkan pakaian kedalam beg untuk pulang kekampung ketika anda ingin menutup dengan menarik kepala zip,tiba-tiba separuh jalan zip itu dapat ditutup kepala zip beg tersangkut...? Ditarik kehadapan tak bolih dan diundurkan kebelakang pun tetap masih tersangkut. Ada yang tidak sabar terus menyentapnya ......tuuupp..!!!...., kepala zip tertanggal ataupun pecah.

Saya rasa ramai yang pernah mengalami masalah seperti ini terutamanya ketika kita tergopoh gapah. Ataupun ketika kita mengisi pakaian yang berlebih kedalam beg pakaian . Kita paksa untuk menarik kepala zip itu, walaupaun tak bolih kita paksa juga menarik kepala zip tersebut. Hakikatnya memanglah ia bolih ditutup tetapi tahukah anda risiko yang bakal anda hadapinya. Jika anda masih dirumah atau menggunakan kereta sendiri masalah ini mungkin dapat diatasi tetapi apakah yang akan terjadi bila anda menggunakan perkhidmatan awam seperti bus express, keretapi ataupun kapal terbang tiba-tiba beg pakaian anda terngangga zipnya. Tentu anda akan panik seketika. Anda cuba menarik kepala zip beg tersebut namun ia tetap terngangga, anda paksa juga untuk menarik kepala zip tersebut tetapi tetap gagal dan yang lebih malang lagi gigi zip beg itu koyak ataupun kepala zip tertanggal atau pecah.

Jika berhadapan masalah seperti ini, mula-mula anda jangan mudah panik..., bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Langkah pertama yang perlu anda lakukan periksa dahulu masalahnya, lihat kerosakannya...., samaada anda bolih membaiki sendiri atau tidak. Jika anda masih berada dirumah lagi, tukar dengan beg pakaian yang lain ataupun anda keluarkan kesemua pakaian yang ada. Tetapi jika anda dalam perjalanan balik kampung atau didalam bus express, apa yang perlu anda lakukan carilah satu sudut yang sesuai untuk anda membaiki beg tersebut. Ikutilah langkah-langkah seperti berikut:-
1. Mula-mula periksa kerosakan zip beg tersebut dan keluarkan sedikit pakaian yang memenuhi beg anda itu.
2. Pegang kepala zip, cuba undurkan kebelakang hingga bahagian hujungnya ( bahagian yang memisahkan antara zip dan bahagian lain beg itu ).
3. Tarikkan kepala zip itu kehadapan perlahan-lahan dan berhati-hati, jika ia tersangkut-sangkut jangan diteruskan. Undurkan semula kepala zip itu hingga kebelakang.
4. Cuba sekali lagi dengan menariknya kehadapan, jika anda berjaya menutupkan zip tersebut undurkan kepala zip itu kebelakang dengan laju kemudian tarikkan kehadapan dengan laju juga. Buat beberapa kali...., disini anda akan dapat menilai sendiri kekuatan zip tersebut, Jika kepala zip itu asik tersangkut-sangkut dan zip terngangga kemudiannya. Ini menandakan kepala zip tersebut sudah terngangga dari posisi asalnya.
5. Jika kepala zip tersebut tidak mempunyai masalah dan zip tidak terngangga, itu menandakan ia ok tetapi perlu dibuat sedikit pembaikan terhadap kepala zip tersebut tetapi anda tidak bolih mengisi pakaian anda seperti mula-mula tadi. Gunakan beg lain untuk mengisi lebihan pakaian anda tadi dan anda bolih meneruskan perjalanan anda.
6. Dalam situasi tadi anda meng hadapi 2 kemungkinan ... ., pertama kepala zip pecah dan tertanggal dari posisi asal...., kedua kepala zip bolih digunakan tetapi perlu melakukan sedikit pembaikan. Biasanya bila anda mengalami masalah pertama tadi hampir 90% darinya akan mengambil jalan mudah dengan membuangnya atau membeli beg yang baru. Ini banyak berlaku kepada beg-beg sekolah anak-anak kita walhal ia masih bolih digunakan hanya dengan membuat sedikit pembaikan kepada kepala zip tersebut. Bagi masalah yang kedua ramai yang menggunakannya tetapi beg tersebut akan terperap diatas almari ataupun dibawah katil dan yang lebih malang ia terus kedalam tong sampah.
7. Sebenarnya masalah tersebut bolih diatasi dengan mudah tanpa anda mengeluarkan duit yang banyak. Bagi masalah yang pertama anda bolih menghantarkan kekedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan membaiki beg, beritahu kepada tukang "repair " tersebut supaya mencuba dahulu dengan menukarkan kepala zip yang baru. Kalau anda tidak lupa untuk memberitahunya, tukang-tukang tersebut akan memberitahu anda bahawa
zip beg anda telah rosak . Ingatan saya kepada anda jangan mudah tertipu dengan tektik mereka. Disini anda telah menjimatkan berbelas ringgit duit anda.
8. Untuk masalah kedua pula, ini anda bolih lakukan sendiri dirumah. Cari " player ataupu ragum ". Mula-mula undurkan kepala zip tersebut hingga kepenghujung jahitan...., dengan menggunakan ragum atau player
tadi ketipkan dibahagian belakang kepala zip tadi tetapi jangan terlalu kuat. Tarik kepala zip tersebut kehadapan, rasakan tarikan tersebut longgar atau ketat. Buat banyak kali dan laju-laju, setelah dipastikan zip tersebut berfungsi dengan baik ambil sebatang lilin..., gosokkan batang lilin tadi keseluruh permukaan zip beg anda kemudia tarik kepala zip itu kehedapan dan kebelakang dengan laju, buat 2 atau 3 kali langkah tersebut. Sekarang anda berjaya melakukanya sendiri tanpa mengeluarkan modal yang besar, tentu menjimatkan.

Selamat mencuba dan bersua lagi kita dilain masa.
Wassalam

Tuesday, May 13, 2008

Semalam kita telah bercerita tentang topik alterations jean dan masalahnya serta tip kasut mudah tertanggal-tanggal bila berjalan.Hari ini kita sambung semula tip-tip penjagaan kasut. Mungkin anda pernah terserempak dengan sesiapa saja dalam perjalanan anda kekedai makan atau kemana sahaja. Kekadang berdetik juga hati kecil kita dengan beberapa soalan...., kalau diperhatikan kasut yang dipakai itu model lama tetapi masih kelihatan cantik .tegap dan tapaknya masih kelihatan baru tanpa ada kehausan disana sini. Walhal kasut itu bukanlah mahal sangat.

Apakah rahsia mereka mereka hinggakan kasut mereka kelihatan masih baru kulit luar dan tapaknya. Memang tidak ada rahsia tertentu yang mereka amalkan..., mereka hanya mengamalkan sikap yang perihatin dan sayangkan barangan yang dimiliki. Apa yang diamalkan olih mereka ialah :-

1. Selalu mengamalkan menyapukan kiwi kasut sekurang-kurangnya 2
kali dalam seminggu.
2. Tidak membasuh kasut menggunakan sabun basuh.
3. Tidak menjemur kasut ditengah-tengah sinaran matahari yang terik
ketika kasut basah.
4. Tidak memijak bahagian belakang kasut ketika sedang memakai atau
membukanya.
5. Mengamalkan sikap perihatian dengan memeriksa bahagian tapak
sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan.
6. Cepat-cepat membaiki atau mengganti bahagian tapak yang rosak.
7. Mengamalkan sikap tidak menyepak-yepak apa jua barangan
menggunakan kasut.

Inilah rahsianya yang diamalkan olih mereka ..., kasut dapat bertahan lama,kelihatan masih cantik dan tapaknya sentiasa kelihatan seperti baru.
Kalau anda semua mengamalkan 7 langkah yang saya berikan, secara tidak sengaja anda telah menyelamatkan wang ringgit anda dari membazir lantaran sikap tidak perihatin kita sendiri.

Selamat mencuba dan berjumpa dilain waktu.
Wassalam.

Monday, May 12, 2008

Assalammualaikum dan salam bahagia.

Hari ini baru saya ada berkesempatan untuk menulis, disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan. Bagaimana kesihatan anda diluar sana? Mudah-mudahan anda semua berada dalam kesejahteraan hendaknya.

Hari ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang cara-cara mengecilkan kaki jean atau seluar dan sedikit tip tentang mengelakkan bahgian belakang kasut dari mudah terlepas-lepas bila berjalan.

Rasanya anda semua pernah menghantarkan seluar untuk di alter atau dikecilkan, tak kira dimana anda menghantarnya. Samaada dikedai- kedai membaiki jean di kawasan perumahan, dikedai-kedai didalam komplek perniagaan ataupun ditukang-tukang jahit. Ada yang merasa selesa jean atau seluar yang dibaiki tidak kurang juga ada yang merunggut dengan mutu kerja yang kurang memuaskan. Ada yang terpanjang, ada yang terpendek, ada yang kakinya kecil sebelah, ada yang lebih malang kaki terpendek sebelah, caj telah dibayar tetapi rasa tidak puashati timbul. Bagi yang menghantar ketukang-tukang yang berpengalaman semua masalah itu tidak timbul..., rasanya tentu anda pernah mengalami masalah seperti yang saya sebutkan tadi.

Mengapa perkara seperti ini berlaku? Adakah mereka tidak berpengalaman...., adakah mereka membuat kerja secara ala kadar ( cincai jer )..., ataupun mereka tidak peka untuk menjaga mutu kerja dan hanya mementingkan keuntungan sahaja? Hanya anda sendiri yang dapat memberikan jawapannya.

Dari pengalaman saya berkecimpung didalam bidang ini kesimpulannya yang bolih diberikan ( tetapi minta maaf berbanyak bukan niat hati untuk merendah-rendahkan kebolihan mereka ) ialah....., tugasan dan tanggungjawap yang diberikan tidak dibuat dengan hati yang iklas dan jujur.., tidak meletakkan diri sendiri sebagai pelanggan..., tidak mahu menganggap jean-jean atau seluar-seluar yang dihantar itu seperti jean atau seluar sendiri..., membuat kerja sambil lewa dan yang penting tidak mahu membaiki diri dengan mempelajari ilmu-ilmu membaiki jean atau sebagainya.

Kalaulah mereka meletak pelanggan adalah sebagai keutamaan pasti perkara yang saya jelaskan tadi tidak akan timbul. Tentu anda semua setuju dengan jawapan saya......., betul tak..?

Kita sambung semula tip-tip penjagaan kasut...., rasanya dah lama saya tidak menyentuh topik ini. Saya ingin bertanya kepada anda diluar sana...., pernah tak sedang anda berjalan tiba-tiba bahagian belakang kasut anda terlepas, bila dibetulkan pun perkara yang sama akan terjadi. Hendak dikatakan kasut anda itu besar sedikit saiznya ..tak mungkin...., 3 atau 4 bulan lepas perkara seperti ini tidak berlaku..? Apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini. Mungkin ada yang cuba menyumbatkan kertas tisu kedalam kasut dan bermacam-macam lagi cara yang dilakukananya. Tetapi sebelum kita dapat mengatasi masalah ini mari kita cuba mencari apakah punca sebenar yang menyebabkan kasut anda mudah terlepas bila berjalan.

Punca sebenarnya ialah kerana tidak keperihatinan kita sendiri tentang menjaga barang-barang kepunyaan kita. Semua ini berpunca dari cara kita memakai dan menanggalkan kasut, contohnya jika kasut itu bertali atau jenis sarung ( slip on ). Sesetengah orang semasa memakai atau menanggalkan kasut, mereka akan memijak bahagian belakang kasut. Katanya nak cepat..., memudahkan.., tanpa mahu membuka tali kasut. Tahukah anda dengan anda melakukannya seperti itu anda telah mencacatkan struktur kasut itu, membuatkan kulit kasut itu mudah koyak dibahagian yang selalu dipijak dan yang lebih parah lagi kasut tersebut kerap tertanggal bila di pakai.

Semua inilah penyebab utama kasut anda mudah tertanggal-tanggal bila anda berjalan. Memang tidak ada cara untuk membetulkannya kecuali anda menghantarkan ke tukang kasut yang yang betul-betul mempunyai kepakaran. Kebanyakkannya mereka akan berkata tak bolih buat apa-apa..., ada yang menyakitkan hati lagi dia suruh anda beli kasut baru. Kalau anda menghantarkan kasut itu kekedai saya, saya ada cara tersendiri untuk membaikinya, kelihatan seperti asal dan kasut anda tidak akan tertanggal-tanggal lagi dan yang penting ia dapat memanjangkan hayat kasut itu dan menjimatkan wang ringgit anda.

Rasanya setakat ini dulu, berjumpa lagi dilain topik.
Wassalam.

Wednesday, May 7, 2008

Assalammualaikum dan salam bahagia,

Bertemu kembali kita, rasanya sudah 4 hari saya tidak menulis apa-apa cerita diruangan ini. Hari ini baru berpeluang disebabkan kesibukan kerja dan masa yang tidak mengizinkan.

Hari ini saya hendak mengenalkan satu topik baru yang belum dibincangkan sebelum ini. Tentu anda sudah biasa mendengar perkataan
" jean alterations ", malahan anda sendiri telah mencubanya ataupun baru berangan-angan untuk mencubanya. Ramai yang mendabik dada serta meletakkan papan tanda... Pakar alterations..., Klinik Jean..., Alterations & Restyling dan bermacam-macam lagi papan tanda yang terpampang didepan kedai masing-masing. Tetapi apa yang mengecewakan..., setelah dicuba dengan menghantarkan beberapa helai seluar atau jean untuk di alter, malangnya caj telah dibayar tetapi servis yang diberi indah rupa dari kabar. Lain yang disuruh alter, lain yang dibuat. Nak salahkan sapa?

Rasanya kita akan bincangkan topik ini dilain masa..,
Wassalam.

Saturday, May 3, 2008

Tempoh hari kita telah bercerita tentang tip penjagaan kasut dan barangan kulit, mungkin anda telah mempraktikannya dan hari ini kita akan menyambung semula bab tip penjagaan kasut dan barangan kulit.

Mungkin anda pernah mengalami situasi kasut basah terkena hujan, terpijak lopak berisi air ataupun membasuh kasut dan barangan kulit anda kerana kelihatan amat kotor? Apakah tindakan anda untuk mengatasinya. Mungkin anda membiarkan saja agar ia kering dengan sendirinya ataupun anda menjemurnya ditengah-tengah sinaran cahaya matahari.

Hari ini saya akan memberikan satu tip bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi itu. Sebelum anda mengambil apa-apa tindakan, beberapa langkah yang perlu anda ambil:-

1. Periksa dahulu keadaan kasut anda sama ada ia betul-betul basah luar dan dalam.
2. Kemudian dapatkan beberapa helai suratkhabar lama, renyuk-renyukkannya dan sumbatkan kedalam kasut anda selain suratkhabar anda bolih juga menggunakan kertas tisu.
3. Kenapa kena lakukan sedemikian? Suratkhabar dan kertas tisu berfungsi sebagai agen penyerap air atau kelembapan. Selain itu ia berfungsi mengekalkan pembentukkan kasut agar kasut atau barangan kulit anda tidak melengkung ketika menjemurnya.
4. Kemudian anda jemurkannya didalam suhu bilik ataupun dibawah cuaca yang tidak terlalu terik (panas ). Jika anda menjemur dibawah sinaran cahaya matahari yang agak terik, anda akan menjadikan kulit kasut atau barangan kulit anda menjadi keras, kejang dan menjadi tidak selesa bila dipakai dan menjadikan kulit kasut anda cepat koyak
5. Biarkan kasut anda kering dengan sendirinya. Setelah kasut dan barangan kulit anda kering, gunakan kiwi kasut dengan menyapukan disekeliling kasut tersebut. Jangan dikilatkan dahulu, jemurkan dibawah cahaya matahari lebih kurang 10 ke 15 minit.
6. Angkat kasut tersebut kemudiankan sapukan sekali lagi kiwi kasut disekeliling kasut atau barangan kulit, biarkan lebih kurang 15 minit.
7. Langkah seterusnya kilatkan kasut atau barangan kulit anda tadi.
8. Anda akan mendapati kasut atau barangan kulit anda lebih lebih lembut dan kelihatan lebih cantik.

Selamat mencuba.

Thursday, May 1, 2008


( kasut A sebelah kiri yang telah disapu dengan kiwi kasut dan dan kasut B sebelah kanan yang telah dikilatkan)




Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kita baru saja menyambut cuti Hari Pekerja semalam, tentu kita rasa bertuah diberikan pengiktirafan dan diraikan diseluruh dunia. Mudah-mudahan anda semua mendapat manafaaat dari sambutannya dan menanamkan semangat untuk menambahkan kualiti kerja anda.


Hari ini saya ingin memberikan satu tip tentang penjagaan kasut. Saya ingin bertanya kepada anda semua...." dalam sebulan berapa kali anda mempolish kasut anda ? " . Dari soalselidik yang diberikan 90 % mengabaikannya dan hanya 10% yang melakukannya. Alasan yang diberikan tiada masa.., tak tahu caranya ...., kalau polish nak guna apa?
Tahukah anda jika anda mengabaikan proses ini anda telah memendekkan jangka hayat kasut tersebut.


Kenapa saya mengatakan sedemikian? Jawapannya mudah..., jika kasut anda digunakan setiap hari tanpa rawatan atau mempolishnya banyak bahagian dikasut itu akan cepat rosak. Pertama...., warna kulit itu akan cepat pudar, terutamanya dibahagian hadapan atau bahagian belakang (geseran antara carpet kereta ketika menekan pedal minyak atau brek).
Kedua..., benang-benang jahit mudah reput dan putus. Ketiga...., kulit kasut akan mudah merekah keras dan cepat koyak. Keempat...., kasut akan mudah terlekang gumnya...Saya rasa semuanya ini pernah terjadi kepada kasut anda.

Ok... bermula dari hari ini anda perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:-

1. Kasut hendaklah dipolish sekurang-kurangnya sekali seminggu, kalau
tidak tahu hantarkan saja kepada tukang-tukang kasut.
2. Periksa setiap sudut jahitan yang ada, jika ada jahitan yang kelihatan
nak putus, cepat-cepat hantar ke tukang kasut tetapi nasihat saya sila
dapatkan tukang-tukang kasut yang berpengalaman.
3. Ketika hendak menghantar kasut anda untuk dijahit, jangan main
serkap jarang saja, perhatikan mutu kerja dia. Walaupun jahitan itu
menggunakan jahitan tangan, bagi tukang kasut yang berpengalaman
jahitannya halus dan menggunakan benang yang bersesuaian. Bagi
tukang kasut yang mementingkan keuntungan saja mereka tidak
mahu mengambil tahu semua perkara itu, asalkan dijahit saja sudah
memadai.

Semuga anda mendapat manafaat dari tip-tip yang saya beri, selamat mencuba dan bertemu kita dilain masa.


Wassalam