Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita pengguna beragama Islam terbeli sandal dan cekak rambut yang diperbuat dari kulit babi. Terpampang di akbar Harian Metro, masalahnya sekarang sejauh mana pengguna umat Islam tahu dan dapat membezakan barangan yang dibuat dari kulit babi atau sebaliknya. Andaikata terdapat amaran yang diletakkan pada kasut-kasut yang diperbuat dari kulit babi bolihlah kita membezakannya tetapi andaikata tiada..., bagaimana kita nak membezakannya.... Jika anda tersilap beli dan memakai untuk jangaka masa yang lama, tiba-tiba anda diberitahu kasut yang anda beli itu diperbuat dari kulit babi...., siapa yang harus dipersalahkan..???????
Dari pengalaman saya menceburi bidang membaiki kasut, lebih kurang 99.99% pengguna Islam tidak mengenali dan membezakan bagaimana rupa bentuk kulit babi, dibahagian mana selalunya ia digunakan dan apa yang perlu dilakukan jika terbeli barangan yang diperbuat dari kulit babi. Saya akan memberikan sedikit tip bagaimana anda dapat mengenali dan membezakan rupa bentuk kulit babi tersebut.
Perhatian untuk pengemar-pengemar kasut-kasut terpakai ( kasut bundle )......!!!!!!! AWAS JANGAN TERBELI KASUT YANG ADA BAHAGIAN TERTENTU DIBUAT DARI KULIT BABI......!!!!!!!!!! Dari tinjauan saya sendiri digerai-gerai menjual kasut terpakai bolih dikatakan kebanyakan kasut-kasut terpakai yang di import dari Hong Kong, Jepun bolih dikatakan kebanyakan kasut-kasutnya diperbuat dari kulit babi. Pernah saya memberitahu kepada penjual tersebut tetapi dia buat-buat macam terkejut dan buat tak tahu sahaja. Adik saya juga telah terbeli sepasang kasut perempuan terpakai.., ia memang kelihatan masih cantik dan baru. Setelah dibayar harga yang dipersetujuinya beliau membawa pulang kerumah dan bertanyakan kepada saya ok ke tidak kasut tersebut. Pandangan dari luar, kasut tersebut memang ok sangat, lagi pun murah sangat RM15 untuk 2 pasang..., diperbuat dari kulit pulak tu. Setelah saya membelik-belik kasut tersebut, saya terpandang satu bahagian kulit dibahagian lapisan dalam ( lainning ) belakang kasut yang berwarna keputihan. Sekali pandang lapisan kulit tersebut tiada apa perbezaannya dengan lapisan kulit yang lain tetapi setelah diteliti betul-betul rupanya lapisan bahagian dalam tersebut diperbuat dari kulit babi. Saya menasihatkan adik saya untuk memulangkan semula kasut tersebut. Mulanya beliau tidak percaya dan enggan memulangkannya tetapi setelah saya menujukan ciri-ciri untuk mengenali kulit babi barulah beliau percaya dan mengajak saya mengikutnya memulangkan kasut tersebut.
Ketika masa memulangkan kasut tersebut, saya memberitahu penjual kasut tersebutbahawa kasut yang dibeli itu diperbuat dari kulit babi..., dengan selambanya penjual tersebut menyuruh saya menukarkan dengan kasut yang lain. Timbul rasa terkilan dan kecewa dihati dengan kejahilan penjual tersebut..., andaikata ia berbangsa Cina tak per laa tetapi anak muda berbangsa Melayu... beragama Islam pulak tu.. Soal hukum hakam,, haram dianggap remeh dan diperlekehkan ..., hanya keuntungan yang dikejar. Malahan dari tinjau yang saya buat bolih dikatakan kasut-kasut yang diperbuat dari kulit babi bercampur aduk dengan kasut yang tidak berkulit babi
Untuk pengetahuan anda semua kasut-kasut yang dikeluarkan didalam negara memang atau bolih dikatakan tiada langsung yang diperbuat dari kulit babi. Tetapi kebanyakannya datang dari luar negara seperti Perancis, Portugal, Mexico, Hong Kong, Taiwan dan China. Disekitar tahun 80an kulit babi banyak terdapat di kasut-kasut berjenama Kickers yang diimport dari Portugal dan Perancis. Produk tersebut telah ditarik balik, lantaran ketika itu jenama Kickers menjadi kegilaan anak-anak Melayu. Untuk mengenali dengan pandangan mata kasar memang agak sukar kerana ia kelihatan hampir sama dengan rupa bentuk kulit biasa. Saya pernah bertanyakan kepada beberapa orang pelanggan yang telah terbeli dan terpakai kasut yang diperbuat dari kulit babi.., mereka mengatakan bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi keselesaan kasut yang diperbuat dari kulit babi dan sebaliknya. Ada yang mengatakannya kasut yang dipakai terasa lembut, selesa dalam apa jua keadaan. Benar ker...??????? Hanya mereka sahaja yang tahu.
Mari kita belajar untuk mengenali bagaimana rupa bentuk kulit babi....., untuk mengenali kulit babi itu amat mudah. Ia memang amat ketara berbeza dengan kulit-kulit yang lain dimana permukaan atasnya mempunyai titik-titik dot yang lekuk kedalam. Didalam setiap titik dot itu ada 3 titik dot yang lain, untuk memudahkan anda mengenalinya setiap titik dot bahagian luar tadi kalau dicantumkan mengikut garisan kebawah, keatas, ketepi ia menjadi 3 segi. Kulit babi biasanya berwarna putih kekusaman. Selalunya ia diletakkan dibahagian lapisan belakang tumit kasut, dibawah lidah kasut, dibahagian bawah lubang tali kasut. Untuk lebih mudah mengenalinya, ia akan terasa seperti lembap ataupun seperti terkena lembapan sabun bila terkena peluh dari kaki anda. Ada juga kulit yang hampir meyerupainya tetapi ia tidak mempunyai 3 titik lekuk didalam setiap lekukkan tersebut.
Apa yang perlu dilakukan jika terbeli kasut yang diperbuat dari kulit babi:-
- Pulangkan kasut tersebut kekedai dimana anda membelinya dan tukarkan dengan kasut yang lain atau dapatkan semula wang anda.
- Ataupun anda bolih menukarkan bahagian kulit babi tersebut dengan kulit yang lain tetapi anda mesti mendapatkan tukang-tukang kasut yang mempunyai kepakaran yang luas. Bukan tukang kasut yang berada dikaki lima begitu juga bukan tukang-tukang kasut yang tidak mengenali rupa bentuk kulit babi.
- Anda bolih juga menjualkan kasut tersebut kepada kekawan anda yang bukan beragama Islam jika mereka meminatinya
- Dan langkah terakhir anda laporkan kepada pihak yang bertanggungjawap ataupun ucapkankan hi..hi..bye..bye dan kirim salam kepada kasut tersebut dan anda guntingkan bahagian tertentu dan buangkan kedalam tong sampah agar sesiapa yang terjumpa tidak mengambil dan memakainya.
3 comments:
terima kasih..amat beguna...nk tnye...kasut sneakers pon jenis kickers jgk ke?
bagaimana pulak yang terbeli kasut yang satu jenama dengan kulit babi?mesti dorang dalam satu kilang kan...jadi macamana?boleh sertu dan pakai terus ataupun sama juga xbleh sertu sebab ada zat najis disitu??????????????
Ad Yang tau mana lubang kasut bundle kat kemboja..dgr cerita rm3 satu guni
Post a Comment