Tuesday, October 21, 2008

Awas Kulit Babi....Jangan Tersilap Beli.


Baru-baru ini kita digemparkan dengan
berita pengguna beragama Islam terbeli sandal dan cekak rambut yang diperbuat dari kulit babi. Terpampang di akbar Harian Metro, masalahnya sekarang sejauh mana pengguna umat Islam tahu dan dapat membezakan barangan yang dibuat dari kulit babi atau sebaliknya. Andaikata terdapat amaran yang diletakkan pada kasut-kasut yang diperbuat dari kulit babi bolihlah kita membezakannya tetapi andaikata tiada..., bagaimana kita nak membezakannya.... Jika anda tersilap beli
dan memakai untuk jangaka masa yang lama, tiba-tiba anda diberitahu kasut yang anda beli itu diperbuat dari kulit babi...., siapa yang harus dipersalahkan..???????
Dari pengalaman saya menceburi bidang membaiki kasut, lebih kurang 99.99% pengguna Islam tidak mengenali dan membezakan bagaimana rupa bentuk kulit babi, dibahagian mana selalunya ia digunakan dan apa yang perlu dilakukan jika terbeli barangan yang diperbuat dari kulit babi. Saya akan memberikan sedikit tip bagaimana anda dapat mengenali dan membezakan rupa bentuk kulit babi tersebut.

Perhatian untuk pengemar-pengemar kasut-kasut terpakai ( kasut bundle )......!!!!!!! AWAS JANGAN TERBELI KASUT YANG ADA BAHAGIAN TERTENTU DIBUAT DARI KULIT BABI......!!!!!!!!!! Dari tinjauan saya sendiri digerai-gerai menjual kasut terpakai bolih dikatakan kebanyakan kasut-kasut terpakai yang di import dari Hong Kong, Jepun bolih dikatakan kebanyakan kasut-kasutnya diperbuat dari kulit babi. Pernah saya memberitahu kepada penjua
l tersebut tetapi dia buat-buat macam terkejut dan buat tak tahu sahaja. Adik saya juga telah terbeli sepasang kasut perempuan terpakai.., ia memang kelihatan masih cantik dan baru. Setelah dibayar harga yang dipersetujuinya beliau membawa pulang kerumah dan bertanyakan kepada saya ok ke tidak kasut tersebut. Pandangan dari luar, kasut tersebut memang ok sangat, lagi pun murah sangat RM15 untuk 2 pasang..., diperbuat dari kulit pulak tu. Setelah saya membelik-belik kasut tersebut, saya terpandang satu bahagian kulit dibahagian lapisan dalam ( lainning ) belakang kasut yang berwarna keputihan. Sekali pandang lapisan kulit tersebut tiada apa perbezaannya dengan lapisan kulit yang lain tetapi setelah diteliti betul-betul rupanya lapisan bahagian dalam tersebut diperbuat dari kulit babi. Saya menasihatkan adik saya untuk memulangkan semula kasut tersebut. Mulanya beliau tidak percaya dan enggan memulangkannya tetapi setelah saya menujukan ciri-ciri untuk mengenali kulit babi barulah beliau percaya dan mengajak saya mengikutnya memulangkan kasut tersebut.

Ketika masa memu
langkan kasut tersebut, saya memberitahu penjual kasut tersebutbahawa kasut yang dibeli itu diperbuat dari kulit babi..., dengan selambanya penjual tersebut menyuruh saya menukarkan dengan kasut yang lain. Timbul rasa terkilan dan kecewa dihati dengan kejahilan penjual tersebut..., andaikata ia berbangsa Cina tak per laa tetapi anak muda berbangsa Melayu... beragama Islam pulak tu.. Soal hukum hakam,, haram dianggap remeh dan diperlekehkan ..., hanya keuntungan yang dikejar. Malahan dari tinjau yang saya buat bolih dikatakan kasut-kasut yang diperbuat dari kulit babi bercampur aduk dengan kasut yang tidak berkulit babi


Untuk pengetahuan anda semua kasut-kasut yang dikeluarkan didalam negara memang atau bolih dikatakan tiada langsung yang diperbuat dari kulit babi. Tetapi kebanyakannya datang dari luar negara seperti Perancis, Portugal, Mexico, Hong Kong, Taiwan dan China. Disekitar tahun 80an kulit babi banyak terdapat di kasut-kasut berjenama Kickers yang diimport dari Portugal dan Perancis. Produk tersebut telah ditarik balik, lantaran ketika itu jenama Kickers menjadi kegilaan anak-anak Melayu. Untuk mengenali dengan pandangan mata kasar memang agak sukar kerana ia kelihatan hampir sama dengan rupa bentuk kulit biasa. Saya pernah bertanyakan kepada beberapa orang pelanggan yang telah terbeli dan terpakai kasut yang diperbuat dari kulit babi.., mereka mengatakan bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi keselesaan kasut yang diperbuat dari kulit babi dan sebaliknya. Ada yang mengatakannya kasut yang dipakai terasa lembut, selesa dalam apa jua keadaan. Benar ker...??????? Hanya mereka sahaja yang tahu.


Mari kita belajar untuk mengenali bagaimana rupa bentuk kulit babi....., untuk mengenali kulit babi itu amat mudah. Ia memang amat ketara berbeza dengan kulit-kulit yang lain dimana permukaan atasnya mempunyai titik-titik dot yang lekuk kedalam. Didalam setiap titik dot itu ada 3 titik dot yang lain, untuk memudahkan anda mengenalinya setiap titik dot bahagian luar tadi kalau dicantumkan mengikut garisan kebawah, keatas, ketepi ia menjadi 3 segi. Kulit babi biasanya berwarna putih kekusaman. Selalunya ia diletakkan dibahagian lapisan belakang tumit kasut, dibawah lidah kasut, dibahagian bawah lubang tali kasut. Untuk lebih mudah mengenalinya, ia akan terasa seperti lembap ataupun seperti terkena lembapan sabun bila terkena peluh dari kaki anda. Ada juga kulit yang hampir meyerupainya tetapi ia tidak mempunyai 3 titik lekuk didalam setiap lekukkan tersebut.

Apa yang perlu dilakukan jika terbeli kasut yang diperbuat dari kulit babi:-
  1. Pulangkan kasut tersebut kekedai dimana anda membelinya dan tukarkan dengan kasut yang lain atau dapatkan semula wang anda.
  2. Ataupun anda bolih menukarkan bahagian kulit babi tersebut dengan kulit yang lain tetapi anda mesti mendapatkan tukang-tukang kasut yang mempunyai kepakaran yang luas. Bukan tukang kasut yang berada dikaki lima begitu juga bukan tukang-tukang kasut yang tidak mengenali rupa bentuk kulit babi.
  3. Anda bolih juga menjualkan kasut tersebut kepada kekawan anda yang bukan beragama Islam jika mereka meminatinya
  4. Dan langkah terakhir anda laporkan kepada pihak yang bertanggungjawap ataupun ucapkankan hi..hi..bye..bye dan kirim salam kepada kasut tersebut dan anda guntingkan bahagian tertentu dan buangkan kedalam tong sampah agar sesiapa yang terjumpa tidak mengambil dan memakainya.
Berhati-hatilah ketika membeli kasut agar tidak terbeli kasut yang diperbuat dari kulit babi sama ada dipusat-pusat membeli belah yang terkenal, kedai-kedai biasa dan gerai-gerai atau kedai-kedai yang menjual kasut terpakai ( kasut bundle ).

Wednesday, October 15, 2008

Dapatkan Buku-Buku Panduan.

Apa kabar anda semua, semuga sihat-sihat hendaknya.

Rasanya hari ini terdapat banyak rumah terbuka disana sini, walaupun anda berseronok merayakannya perlulah diingat...,l kesihatan perlu dijaga. Janganlah makanan yang tidak dibenarkan dimakan bila berada dirumah terbuka. Kerana disitu juadah yang dihidangkan membuatkan anda begitu berselera menjamahnya. Bukan tidak bolih dijamah tetapi ala kadar saja. cukup sekadar merasa sahaja. Jika tidak dikawal bermacam-macam masalah yang akan timbul seperti berat badan bertambah, kesihatan mulai terganggu, banyak pakaian baru yang ditempah mulai ketat dipakai dan bermacam lagi masalah yang akan timbul.

Berita baik untuk anda yang berminat untuk berjinak-jinak dengan dunia alterations / restyling jean dan membaiki kasut, sila dapatkan buku-buku panduan tersebut dengan harga tawaran Hari raya hanya RM 40.00 sahaja. Tawaran ini sah sehingga 31 / 12 / 2008 dan selepas itu harganya akan kembali seperti harga asal RM 80.00.


Ia dihasilkan dari pengalaman saya berkecimpung didunia alterations/restyling jean dan membaiki kasut lebih dari 20 tahun. Buku yang pertama seumpamanya dihasilkan di Malaysia, mudah difahami, seronok dipelajari, ditulis dengan bahasa yang mudah, dilengkapi dengan gambar-gambar berwarna setiap langkah demi langkah. Disamping itu jika anda memesannya sekarang anda akan diberikan hadiah bonus tip-tip cara-cara memilih pakaian, tip warna yang sesuai, tip berpakaian untuk pesanan buku panduan alterations/ restyling jean dan seluar, manakala tip penjagaan kasut, hand bag, barangan kulit serta penjagaan zip untuk pesanan buku panduan membaiki kasut.

Buku-buku panduan ini amat sesuai dimiliki olih tukang-tukang jahit yang menjalankan kerja-kerja alterations jean atau slack, mereka yang ingin menjimatkan wang ringgit untuk belajar melakukan sendiri, mereka yang ingin memulakan bisnes alteration jean atau membaiki kasut. Dengan memiliki buku ini anda dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan anda berkaitan bidang ini disamping ia menjanjikan pulangan yang amat lumayan.

Untuk memesannya dan keterangan lanjut anda bolih menghantarkan e-mail ke repair_alterations@yahoo.com .




Sunday, October 12, 2008

Askum dan salam sejahtera,

Hari ini.., adalah hari yang penting bagi anda yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan 3 kerana mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah at
au lebih dikenali sebagai PMR. Marilah kita bersama-sama mendoakan anak-anak kita agar dapat menjawap segala kertas-kertas soalan dengan tenang dan dengan tepat disamping medapat keputusan yang cemerlang.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengu
capkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada anda semua terutamanya yang beragama Islam. Hari ini telah masuk hari yang ke 13 umat Islam merayakan hari yang mulia ini. Disana sini ada saja jemputan rumah terbuka, jemputan dari adik beradik, sahabat handai, jiran tertangga mahupun parti-parti politik. Ketika inilah kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih rapat lagi disamping menikmati juadah yang dihidangkan. Mungkin selepas Hari Raya ini ramai yang akan merunggut berat badan bertambah, hinggakan pakaian yang baru ditempah ada yang mulai ketat di ang disana sini. Malahan ada seluar yang baru dibeli ketika bulan puasa baru-baru ini sudah tidak muat dan ketat pinggangnya. Semua ini kerana gara-gara beraya sakan.... he..he...he....

Ada juga diantara kita yang sedang mengira berapa banyakkah pebelanjaan yang telah dikeluarkan ketika menyambut Aidil Fitri yang lalu, dengan duit baju rayanya
,kuih muih, tol, minyak untuk balik kampong, duit-duit raya untuk anak-anak buah . Ada yang menepuk dahi, ada yang tersandar didinding, ada yang termenung panjang memikirkan jumlah duit yang telah dibelanjakan, nak tunggu gaji lambat lagi..hai.. bermacam-macam ragam yang akan kita lihat dan dengar.

Namun begitu ada juga segelintir yang menyambut Aidil Fitri kali dengan mood yang kurang ceria, asyik terperap saja dirumah. Bila diajak untuk beraya kerumah sanak sedara pelbagai alasan diberi. Mana tidaknya....., ingatkan pakaian yang baru
ditempah dapat digunakan kita merayakan Syawal yang mulia ini tetapi berlaku sebaliknya. Ada pakaian yang ditempah terkecil dan ada yang terbesar saiznya, untuk yang terbesar saiznya bolih gak digagahkan untuk dipakai tetapi bagaimana yang terkecil saiznya. hendak tak dak nakan terpaksa dipakai juga atau menggunakan pakaian yang lama. Beginilah akibatnya jika pakaian yang ditempah itu tidak diambil awal dan dicuba dahulu. Jika diambil awal, anda bolih menghantar semula kekedai tersebut untuk dibaiki atau dihantar kekdai yang menyediakan perrkhidmatan membaiki pakaian perempuan. Setakat hari sahaja sebayak 40 pasang baju baru telah dihantar kekedai saya untuk dibaiki semula. Saya bertanya kepada mereka kenapa tidak dihantar semula ketempat pakaian tersebut ditempah, jawapan yang diberi..., lambat untuk disiapkan, jauh dan tak kurang juga melahirkan rasa marah dan kecewa. Dari pengamatan saya baju-baju yang ditempah itu tidak dibuat dengan betul dan teliti, ia dibuat secara tergesa-gesa, kelam kabut..., asalkan siap. Mana tidaknya baju-baju tersebut tidak mempunyai garisan pola, hanya dijahit bahagian tepinya saja dan terus dijahit. Maaf....., bukan saya untuk menyalahkan tukang-tukang jahit, tetapi itulah kebanyakkan kesilapan yang dapat dikesan ketika saya menerima pakaian yang hendak dibaiki semula. Bahkan saya berani menyatakan 95% tukang-tukang jahit perempuan tidak membuat garisan pola ketika membuat, mengukur pakaian baru. Kalau ada pun seperti ala kadar seperti melepas batuk ditangga sahaja, bila menjahit tidak mengikut garisan yang dibuat. Sebab itu pakaian yang ditempah tidak selesa dipakai.