Thursday, June 26, 2008

Rasanya dah lama saya tidak menulis diblog ini, bukannya dah kekeringan idea tapi ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakakan. Saya meminta maaf berbanyak-banyak kerana kesulitan tersebut.

Hari ini saya ingin membincangkan satu topik berhubung pemilihan beg tangan, ada yang memanggilnya tas tangan tak kurang juga yang menyebutnya handbag. Mungkin selama ini anda terkeliru ataupun anda telah ditipu olih penjual-penjual bag tangan samaada di kedai didalam supermarket atau di kedai biasa, di kaki lima mahupun dipasar-pasar malam yang mengatakan beg tangan tersebut diperbuat dari kulit. Malahan mereka bersungguh-sungguh mengiakannya dengan membuat pelbagai demo. Saya rasa lebih kurang 90% daripada kita memang tidak mempunyai pengetahuan tentang kulit, jika situkang penjual itu berkata bag tangan itu diperbuat dari kulit (walhal ia dibuat dari campuran pu,pvc ataupun campuran yang meyerupai 95% kulit ) pun mungkin anda akan percaya. Biasanya kaum wanita lah yang sering tertipu dan ditipu olih penjual-penjual handbag tersebut. Tak sampai setahun permukaan bag tangan tersebut mulai mengelupas.

Sedikit info, biasanya sifat kulit ia tidak akan mengelupas mahupun tertanggal permukaan luarnya. Ia lebih anjal, lembut bila dipegang, kalau diramas ia akan meninggalkan permukaan yang berkedut-kedut halus dan bergantung jenis kulit itu samaada kulit kambing ker, kulit lembu ker, kulit anak lembu ker, kulit kerbau ker ataupun kulit ular. Baunya agak sedap dihidu, biila dipolish ia akan berkilat dan bersinar, dan akan menjadi keras bila terkena hujan tetapi bolih dilembutkan bila dipolish.

Berbeza pula campuran pu,pvc campuran tiruan yang lain, Sifatnya lembut tetapi bila lama dipakai, permukaan bahagian luarnya akan megelupas atau tertanggal. Bila diramas-ramas ia tidak akan meninggalkan kedutan-kedutan yang halus. Baunya agak menusuk hidung, seperti bau bahan kimia atau bau plastik. tidak meninggalkan kesan bila terkena hujan. Malahan harganya lebih murah.

Jadi setelah anda mengetahui sedikit sebanyak perbezaan antara kulit dan bukan kulit saya berharap anda semua tidak akan mudah ditipu lagi olih penjual-penjual barangan kulit yang tidak beretika.

Tuesday, June 17, 2008

Anda mungkin pernah mengalami masalah seperti apa yang akan saya ceritakan sebentar nanti. Mungkin ramai yang teringinkan untuk memilikinya sepasang kasut tetapi disebabkan saiz yang tidak bersesuaian anda melupakan terus hasrat hati anda itu.

Pernah ke semasa anda keluar membeli belah anda terjumpa sepasang kasut yang selama ini memang menjadi idaman anda untuk memilikinya tetapi saiznya terlalu besar dan tidak ada saiz yang bersesuaian dengan anda? Anda mencarinya selama ini tetapi bila terjumpa masalah saiz menjadi penghalang. Adakah anda masih teringin untuk memilikinya ataupun anda melupakan saja hasrat anda itu?

Terfikir juga bila dibeli kasut tersebut tetapi tidak bolih dipakai, rasanya macam membazir sahaja. Kalau tak dibeli hanya tinggal sepasang saja yang ada dan tidak ada lagi....Andaikata dibeli bolih ke dikecilkan...., dimana dan siapa yang bolih mengencilkannya...., Pening-pening...,

Tahukah anda kasut yang besar memang bolih dikecilkan tetapi anda kena mencari dan menanyakan kepada ramai tukang-tukang kasut atau pembuat kasut. Mungkin ada yang mengatakannya bolih direpair..., tidak kurang juga yang mengatakannya tidak bolih dibuat apa-apa ( maksudnya ..., samaada dia memang tidak tahu, menganggap kerja leceh ataupun memang dia tidak mempunyai ilmu membaiki kasut yang secukupnya ).

Memang benar kerja-kerja untuk mengecilkan sepasang kasut memerlukan seseorang tukang kasut itu mempunyai ilmu membaiki kasut yang tinggi ataupun dia memang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut dan mempunyai kepakaran. Kerja-kerjanya memang melecehkan, anda terpaksa menanggalkan bahagian tapaknya dan bahagian " insole" ( lapisan dalam sebelum tapak) Kekadang tapak yang dibuka tidak bersesuaian untuk digunakan semula dan perlu ditukar dengan tapak yang baru tetapi jarang menjumpai tapak yang serupa. Ada kalanya bahagian lapisan dalam kulit ( lainning ) terpaksa dibuka untuk memudahkan proses mengecilkan saiz. Banyak bahgian jahitan yang perlu ditetas. Pokok pangkalnya ia memang memerlukan kemahiran yang tinggi dan kesabaran.

Bagi saya bila berhadapan dengan situasi seperti ini, saya akan memeriksa kasut tersebut terlebih dahulu. Saya akan memberitahu kepada tuan punya kasut itu masalahnya dan cari mengatasinya. Saya akan menerangkannya mana-mana bahagian yang perlu dibuka, ditetas benangnya ataupun tapaknya kena ditukar dengan tapak yang lain dan sebagainya. Saya kan menerangkan kepada pelanggan saya agar dia benar-benar faham dan tidak mahu timbul masalah dikemudian hari. Saya juga akan memberitahu berapakah kos yang dikenakan, jika dia bersetuju barulah saya menerima tugasan tersebut. Untuk pengetahuan anda kerja mengecilkan kasut kosnya memang agak mahal kerana anda terpaksa melakukan 6 kali proses. Pertama membuka tapak dan lainningnya. Kedua menetas bahagian benang jahitan. Ketiga mengukur semula saiz yang diperlukan. Keempat menjahit bahgian yang telah ditetapkan. Kelima membentuk semula kasut tersebut. Keenam memasang tapak dan kerja-kerja " finishing ". Sebab itu ramai tukang-tukang kasut menolak bila diberikan tugasan seperti itu..

Thursday, June 12, 2008

Mengubahsuai Baju Kebaya (sambungan)


Cara-cara mengecilkan baju kebaya.








Bahagian memotong, melakar ukuran baru dan menjahit








Beginilah hasilnya setelah baju kebaya yang telah diberikan sedikit sentuhan dan ubahsuai. Dari baju yang dikatakan baju pinjam kini telah bolih digayakan untuk kemana-mana.

Bagi anda yang ingin mendalami lagi rahsia dan teknik membaiki dan mengubahsuai pakaian dan ingin memiliki senaskah buku panduan tersebut anda bolih membuat pesanan sekarang. Didalamnya bukan sahaja ditunjukkan cara-cara membaiki serta mengubahsuai baju kebaya malahan terdapat juga cara-cara membaiki dan mengubahsuai baju kurung, t'shirt, kemeja. Ia disusun dengan ayat-ayat yang mudah difahami, langkah demi langkah yang seronok dipelajari dengan gambar-gambar berwarna. Jika anda memesannya sekarang anda akan diberikan hadiah bonus.

Tuesday, June 10, 2008

Mengubahsuai Baju Kebaya

Bila kita sebut sahaja dengan baju kebaya, ia sononim dengan kaum perempuan. Bermacam jenis fesyen kebaya yang bolih dikaitan dengan mereka seperti kebaya nyonya, kebaya moden, kebaya Kota Bahru dan bermacam jenis lagi. Itu belum lagi jenis kebaya yang telah diubahsuai fesyennya mengikut perkembangan terkini. Ada yang suka memakai atau menempah baju kebaya dengan mengikut susuk tubuh atau mengikut bentuk tubuh sipemakai dan sebaliknya.Memang akan terasa bangga jika kawan-kawan yang memuji kita kelihatan cantik apabila memakai baju kebaya. Tetapi ada yang berkata sebaliknya.

Apatah lagi bila berat badan bertambah dan kelihatan agak gemuk sedikit atau anda memang amat berkenan dengan baju kebaya yang anda lihat dikedai tetapi ia tidak ada saiz yang sesuai dengan anda tetapi anda tetap ingin memiliki, lalu terus membelinya dan memakainya. Terasa bangga bila dapat mengayakannya tetapi ramai kawan-kawan anda menegur baju tesebut. Ada yang mengatakan macam baju pinjam sahaja..., ada yang menyarankan anda menghantar kebaya tersebut untuk direpair dan tidak kurang ada yang membirikan teguran sinis. Tentu anda akan merasa kecewa dengan teguran-teguran tesebut. Mulalah anda tidak mahu memakai baju kebaya tersebut dan merasa menyesal membelinya. Tetapi hari ini anda jangan merasa risau dengan masalah yang anda hadapi..., banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan mengecilkan pakaian. Samaada yang betul-betul mahir ataupun yang baru berjinak-jinak dengan bidang tersebut. Jika anda menghantar kekedai yang membuat atau menerima tempahan pakaian perempuan mungkin ada yang sanggup menerima dan tidak kurang yang menolaknya dengan alasan kerjanya leceh, susah yang terpaksa ditetas atau dibuka semua jahitan, buat baju baru lagi mudah dan bermacam-macam alasan lagi yang diberi. Kenapa mereka berkata demikan ...? Kerana mereka tidak begitu yakin dengan kemahiran yang dimiliki dan menganggap ia sesuatu yang tidak menguntungkan.

Sebenarnya kerja-kerja mengubahsuai baju kebaya ataupun apa jenis pakaian bukanlah sesuatu yang membuang masa atau tidak menguntungkan tetapi ia merupakan suatu bisnes yang amat menguntungkan jika anda pandai dan mempunyai kemahiran dan kepakaran yang luas dalam bidang tersebut. Contohnya seperti apa yang saya lakukan sekarang, selama 20 tahun lebih saya berkecimpung dalam bidang ini tanpa pernah berkerja makan gaji. Hanya melakukan kerja-kerja membaiki dan mengubahsuai pakaian sahaja dan tanpa membuat tempahan pakaian baru.

Malahan sekiranya anda menghantar apa jua fesyen pakaian dimana anda telah cuba menghantarnya kebeberapa buah kedai dan ditolak dengan alasan tidak bolih direpair atau diubahsuai insyallah sekiranya anda menghantar ke kedai saya segala masalah anda itu dapat diatasi. Malahan anda akan mendapat layanan yang istimewa dimana kerja-kerja mengukur untuk mengambil ukuran, kerja menetas, melakar ukuran baru dan menjahit akan dilakukan olih saya sendiri disamping anda akan diberikan beberap tip yang sesuai tentang pakaian yang anda pakai dan perkara yang berkaitannya .

Hari saya akan menunjuk beberapa tip dan cara-cara bagaimana mengecilkan serta mengubahsuai baju kebaya. Semuga apa yang saya tunjukkan ini dapat menyelamatkan pakaian atau baju kebaya anda yang terbesar atau yang sudah terkecil saiznya. Malahan jika anda seorang tukang jahit yang selama ini belum pernah atau yang sudah pernah membuat kerja-kerja mengecilkan pakaian, inilah masa yang sesuai untuk anda melakukannya. Jikalau anda ingin mendalami lagi ilmu mengecilkan atau mengubahsuai pakaian dapatkanlah " BUKU PANDUAN RAHSIA SERTA TEKNIK MEMBAIKI DAN MENGUBAHSUAI PAKAIAN TAHAP 1 " . Anda bolih memesannya daripada saya kerana saya telah membukukan segala pengalaman dan kemahiran saya selama ini menjadi sebuah buku panduan. Anda bolih memesannya ke alamat dan email yang telah saya berikan seperti di artikal 1.6.2008 yang lalu.



Sunday, June 1, 2008

Dapatkan Buku-Buku Panduan.







Buku-buku ini dihasilkan dari pengalaman sebenar penulis yang telah berkecimpung dalam bidang ini lebihkurang 20 ahun lebih. Tujuan sebenar buku ini dihasilkan ialah untuk berkongsi pengalaman disamping menurunkan ilmu yang ada kepada sesiapa yang ada kepada sesiapa yang berminat. Buku-buku panduan ini telah diolah sebaik mungkin disertakan pula gambar-gambar berwarna yang bolih dijadikan rujukan.
Selama ini buku-buku cara menjahit atau membuat pakaian memang banyak dipasaran. Tetapi buku tersebut tidak ditulis secara teperinci, hanya menerangkan bab-bab tertentu sahaja malahan ilustarasinya pun agak sukar hendak difahami. Bagi kita yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut pasti akan mengalami masalah untuk memahami cara-cara yang ditunjukkan. Menyedari masalah tersebut saya telah mengambil satu pendekatan dimana buku-buku panduan yang saya hasilkan ini diolah dengan cara yang begitu mudah, disertakan gambar-gambar berwarna dan disertakan langkah demi langkah yang mudah difahami serta seronok untuk dibaca dan dipraktikan. Anda pasti tidak akan mengalami sebarang masalah apabila cuba mempraktikannya. Ilmu yang akan anda dapat dari buku panduan ini telah dikumpulkan hasil pengalaman selama 20 tahun lebih dan pasti ia tidak akan mengecewakan anda semua.
Mungkin selama ini anda sedar atau tidak, anda telah mengeluarkan puluhan ringgit untuk membaiki kasut atau untuk mengubahsuai jean ataupun seluar anda. Mungkin anda tidak menyedari wang yang telah anda keluarkan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut samaada dikaki lima atau dikedai-kedai biasa mahupun yang menggunakan mesin berteknologi tinggi. Kerana kita jarang merekodkan setiap kali wang ringgit yang telah kita keluarkan. Betulkan...!! Cuma 10% sahaja yang merekodkan setiap sen yang dikeluarkan. Tentu anda bersetuju dengan pendapat saya ( maaf jikalau apa yang saya tulis ini tidak tepat ). Mari kita buat perbandingan dan perkiraan berapa banyak duit yang telah anda keluarkan untuk membaiki kasut atau jean dalam masa setahun:-
1. Kasut.
a. Tukar tumit Rm 3.00 x 2minggu x 1 bulan x 12 bulan = RM 72.00
b. Tampal half sole RM 6.00 x 3bulan x12 bulan = RM 24.00
c. Polish RM 3.00 x 1 minggu x 1bulan x 12 bulan = RM144.00
d. Gum RM 3.00 x 1 bulan x 12 bulan = RM 36.00
Jumlah RM276.00
2. Jean / seluar. (anggaran harga terendah )
a. Potong kaki RM 5.00 x 1 bulan x 12 bulan = RM 60.00
b. Kecilkan kaki RM 8.00 x 1 bulan x 12 bulan = RM 96.00
c. Kecilkan pinggang RM 10.00 x 1 bulan x 12 bulan = RM120.00 d. Tukar zip RM 7.00 x 1 bulan x 12 bulan = RM 84.00
Jumlah RM 360.00
Kedua-dua jumlah dicampurkan RM 276.00 + RM 360.00 = RM 636.00 dan inilah angka yang telah anda keluarkan dalam masa setahun ( Harga yang dibuat adalah harga anggaran sahaja termasuk minggu dan bulanan ). Cubalah anda bayangkan sekiranya ia lebih dari apa yang saya anggarkan, berapa banyakkah wang ringgit yang telah anda keluarkan walhal ada alternatif lain yang bolih anda gunakan untuk menjimatkan duit bagi membaiki kasut dan jean anda .
Cuba kita lihat kepada mereka yang tinggal seperti di Amerika ataupun diEngland kebanyakan benda-benda seperti ini mereka lakukan sendiri dirumah. Mereka mahu belajar dengan perkara yang baru, berlainan pula dengan masyarakat disini, semuanya ingin mengambil jalan mudah tanpa mahu memperlajari sesuatu yang baru. Semuanya menyerahkan kepada pihak kedua untuk melakukannya.
Hari ini anda semua amat bertuah kerana dapat mempelajari rahsia dan teknik membaiki kasut disamping rahsia dan teknik membaiki, "alterations / restyling" jean dengan kos yang amat murah, efektif dan mudah dipelajari.
Mengapa saya perlu berkongsi pengalaman dengan anda?
Jawapannya mudah....., rahsia dan teknik tidak akan anda dapat pelajari di- sekolah, kolej mahupun universiti di malaysia atau buku-buku yang dijual dikedai buku kecualilah anda menceburi sendiri bidang ini. Hari ini anda tidak perlu mengeluarkan ratusan ringgit tetapi masih mampu untuk memiliki kedua-dua ilmu tersebut. Malahan anda juga akan dapat memiliki salah satu dari buku panduan tersebut. Didalam kandungan buku tersebut, mengajar anda rahsia dan teknik membaiki kasut dan membaiki jean atau seluar. Isi kandungannya diilham dari pengalaman sebenar saya berkecimpung di kedua-dua bidang tersebut, dimana bimbingan dan tunjuk ajar secara sistematik langkah demi langkah yang mudah dipelajari disamping gambar-gambar berwarna sebagai rujukan.
Setelah mempelajari anda akan berpuashati dapat melakukan sendiri dan terkejut bahawa cara yang selalu dipraktikan olih kebanyakan tukang kasut atau tukang jahit bukanlah mengikut sistem yang betul. Bayangkanlah kasut yang anda repair tidak sampai seminggu gamnya terlekang semula ataupun jean yang diubahsuai terasa kurang selesa dipakai..., terasa seolah-olah ditipu. Cuba anda lihat kembali anggaran perkiraan yang telah saya buat berapa banyak wang yang telah anda keluarkan dalam masa setahun. Andaikata wang itu digunakan untuk keperluan yang lain ..., alangkah baik.
Dengan memiliki atau memesan salah satu buku panduan ini, bukan sahaja anda dapat mempelajari ilmu dan teknik yang anda tidak tahu disamping dapat mempraktikannya malahan anda telah dapat menjimatkan dan meminimumkan kos membaiki kasut atau jean anda. Disamping itu bagi anda yang ingin mencari pendapatan sampingan inilah masanya untuk memiliki buku-buku tersebut. Anda bolih memberitahu kawan-kawan atau jiran-jiran bahawa anda bolih membaiki kasut atau anda bolih buat " jeans alterations ". Secara tidak langsung anda sudah ada pelanggan dan pendapatan sampingan. bagi anda yang ingin meceburi bisnes, inilah masa yang sesuai untuk anda memiliki buku-buku panduan ini. Bagi anda yang telah mnceburi bisnes ini., bolihlah memesan buku ini untuk menambahkan ilmu yang ada..., ANDA PASTI TIDAK AKAN RUGI APA-APA......!!!!!
Biarlah saya dedahkan pendapatan mereka yang bergelar tukang kasut terutamanya yang dikaki lima dan jangan anda semua terkejut dan tidak percaya pendapatan mereka yang begitu amat lumayan sekali. Bayangkan sehari mereka memperolihi pukul rata pendapatan bersih diantara RM 150.00 ke RM200.00 dan kalau didarabkan dengan 30 hari mereka bolih memperolihi antara RM 3000.00 ke RM 4,500.sebulan. Sebab itu anda bolih melihat mereka berada disegenap penjuru kaki lima. Malahan modal yang dikeluarkan hanya sekali dan tidak sampai RM 300.00.
Anda juga bolih melakukan jika mengikut orang yang berjaya..., orang bijak pandai ada berkata, " tiada yang mustahil jika mahu mencari ilmu dan berusaha. 95% manausia GAGAL dalam hidup kerana mereka bersikap NEGATIF ". Lebih banyak memberi alasan dari mahu mencuba dan berusaha.
Berita baik buat anda semua..., jika anda memesannya sekarang anda bolih memdapatkannya pada harga promosi. Ada lagi...., anda juga akan mendapat salah satu dari hadiah bonus ini..., tip-tip penjagaan kasut, handbag / barangan kulit dan penjagaan zip dan tip-tip memilih pakaian, pilihan warna yang sesuai dan tip berpakaian. Jangan lepaskan peluang hebat ini.
Anda bolih memesannya secara pos dengan menghubung :-
Ismail Enterprise
No. 23, Tingkat Bawah,
Rumah Pangsa Kg. Kerinchi,
Jalan Lorong Kerinchi Kiri,
59200. Kuala Lumpur.
Ataupun anda bolih menghantar pesanan ke:-
uptrend07@gmail.com