Tuesday, September 16, 2008

Hari ini masuk hari yang ke17 umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa, tinggal tidak berapa lama lagi mereka akan merayakan hari yang dinanti-nantikan iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Bila anda pergi kemana sahaja berpusu-pusu orang ramai pergi membeli belah, bolih dikatakan semua pusat membeli belah penuh sesak dengan gelagat orang ramai membuat pilihan mereka . Begitu juga kebanyakkan jalan-jalan raya diseluruh Malaysia menjadi sesak lantaran kemeriahan suasana untuk menyambut Aidil Fitri yang menjelang tak berapa lama lagi.

Disana sini diadakan jualan murah...., offer sana offer sini..., tetapi sejauh mana apa yang ditawarkan itu menepati dan memberi kepuasan kepada orang ramai. Memang sudah menjadi lumrah, naluri manusia bila dikatakan ada jualan murah sahaja, kita akan berpusu-pusu ketempat tersebut, hingga menyebabkan kesesakan jalanraya, kesesakan didalam pusat membeli tersebut, mahupun ditempat parking. Orang ramai berebut-rebut memilih pakaian yang ditawarkan, seolah-olah macam tiada hari lain untuk membeli belah.

Namun begitu sejauh manakah barangan yang ditawarkan tersebut menepati apa yang ditawarkan? Untuk memberikan jawapannya memang agak sukar hanya tuan punya kedai yang membuat jualan murah itu sahaja yang dapat memberikan jawapannya. Dari kaji selidik yang pernah saya lakukan kepada beberapa orang pekerja kedai-kedai yang mengadakan jualan murah sebenarnya pakaian yang ditawarkan itu bukan dari pakaian yang sedia didalam kedai tersebut tetapi mereka memang menempah atau membuat pakaian tersebut khas untuk jualan murah dimana disegi kualitinya dikurangkan termasuk jenis fabriknya, benangnya dan mutu jahitannya tetapi nampak seperti pakaian yang berjenama Ramai yang tidak mengetahui perkara ini. Malahan dari penelitian saya sendiri, banyak pakaian yang dihantar kekaedai saya untuk dibaiki semula datangnya dari jualan murah.

Saturday, September 13, 2008

Ketika Harga Barang-Barang Mahal

Bersua kembali,

Maaf lama tidak menulis, terlalu sibuk dengan pakaian - pakaian yang perlu di alter dan restyling. Naik pening kepala dibuatnya, dari baju yang ingin dijadikan skirt, dari kain baju nak dijadikan kain belah selisih dan bermacam-macam lagi fesyen yang nak ditukar.

Malahan setiap seorang pelanggan yang datang membawa sekurang-kurangnya 4 ke 5 helai pakaian lama yang ingin diubahsuai fesyennya. Kekadang bila dilihat dari pakaian yang dibawa itu masih baru dan belum berpakai lagi...., kenapa lak nak di di alter. Bila ditanya, rupanya pakaian tersebut dibeli semasa offer, ada yang diberi olih kekawan atau sedara mara. Dari dibiarkan baik di alter. Ada juga yang memberikan jawapan dulu badan gemuk tapi sekarang dah kurus sedikit. Namun, mereka berhak memberikan apa jua jawapan.

Didalam keadaan sekarang dengan harga barang melambung tinggi, apa salahnya mengamalkan sifat berjimat cermat. Bukanya pakaian tersebut susah buruk tetapi masih baru dan fesyennya masih "up to date" lagi. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjimatkan wang mereka. Ok lah kita jumpa lagi.

Saturday, September 6, 2008

Bulan Ramadhan Menjelma Tiba

Assallammualaikum dan apa kabar anda semua?

Hari ini telah masuk hari yang ke enam umat Islam di Malaysia berpuasa. Syukur alhamdulillah
kita telah menjalani ibadah puasa dalam keadaan cuaca yang begitu baik, walaupun setiap hari tidak kira pagi, tengah hari, petang mahupun malam hujan turun dan setiap petang anda semua terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya namun itulah ujian sebenar menguji kesabaran anda dibulan yang mulia ini.

Disamping itu diawal bulan puasa ini ramai yang mengambil peluang membeli belah untuk menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Kemana saja anda pergi, anda akan lihat iklan jualan murah, ada yang memberikan diskaun hingga 70 %. Malahan didalam suratkabar pasti setiap hari ada iklan jualan murah, dari pakaian, perabut, alat-alat elektrik hinggakan camera digital pun ditawarkan. Malahan ada tawaran jualan gudang disana sini. Anda yang menentukan sendiri barang keperluan apa yang hendak dibeli, yang penting janganlah terlalu boros bila berbelanja.

Biasanya dibulan ini tukang-tukang jahit atau tukang-tukang kasut memang tak menang tangan, tempahan perlu disiapkan mengikut jadual jika tidak pasti mereka akan menjadi kelam kabut bila banyak tempahan yang tertangguh ataupun belum disiapkan. Dari pengalaman saya berkecimpung dibidang ini, memang dibulan ini tempahan mencurah-curah masuk, setiap hari tak menang tangan untuk membuatnya. Ada yang terpaksa berjaga malam tak tidur malam semata-mata ingin menyiapkan jahitan, ada yang hanya tidur sejam dua sahaja. Itulah rutin harian tukang-tukang jahit bila bual puasa tiba.

Seperti tukang-tukang jahit yang lain walaupun saya tidak menerima tempahan untuk menjahit pakaian baru tetapi hanya menerima kerja untuk alterations atau ubahsuai (restyling) sahaja, namun begitu, ia lebih mencabar, pakaian-pakaian tersebut perlu disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika tidak mankin bertambah banyaklah pakaian yang perlu direpair dari jean yang hendak di alter, bag yang tercabut kepala zipnya, kasut yang perlu ditukar tapak hinggakan baju kurung atau kebaya yang perlu diubahsuai. Bermacam ragam dan kerenah pelanggan yang perlu dilayan.