Monday, April 28, 2008

JANGAN MUDAH TERTIPU

Assalmmualaikum bersua lagi kita.

Hari ini topik kita seperti diatas "Jangan mudah tertipu ". Mengapa saya memilih tajuk ini, percaya atau tidak selama ini anda tanpa disedari telah tertipu dengan tektik tukang-tukang kasut samaada dikedai menggunakan mesin berteknologi tinggi ataupun dikaki-kaki lima. Pernah tak anda menghantar kasut ,sandal atau barangan kulit anda untuk digam tetapi tukang kasut itu mengatakan bahawa kasut anda itu tidak bolih digam tetapi mesti dijahit atau dipaku dibawah tapaknya? Mungkin pernah kan?

Alasannya....... kasut itu tidak bolih digam atau supaya lebih kuat dan tak mudah terlekang, kalau kasut atau sandal tu berharga belasan ringgit rasanya ok lah tetapi apa perasaan anda jika kasut itu berharga ratusan ringgit dibuat seperti itu, Kalau dijahit dengan kemas dan menggunakan saiz benang yang sesuai tak apalah tetapi benangnya yang agak kasar dan jarak jahitannya pula terlalu jarak lebih dari 1/2 inci setiap satu. Nampak tak cantik.....!!

Tetapi sebenarnya kasut tersebut tidak perlu dijahit tetapi cukup sekadar digam saja. Walaupun hanya digam saja, itu sudah cukup kuat bolih bertahan melebihi 7 bulan keatas. Untuk gam itu dapat bertahan seperti itu anda atau si tukang kasut mesti tahu rahsia dan tekniknya. Kita mesti mengetahui dengan cara yang betul bermula dari proses awal hingga akhir. Menyapukan gam bukan main sapu aje...mesti ada teknik yang betul. Selepas disapu gam apa yang perlu dibuat. Adakah terus dilekat kedua permukaan kasut tadi? Atau dibiarkan hingga kering sapuan gam tersebut? Semua tip dan panduan telah saya ceritakan dibab yang lalu, jadi anda cuba sendiri dan anda bandingkan dengan cara tukang-tukang dikaki lima. Saya bukan hendak mencari kesilapan mereka tetapi anda ada hak untuk mempertikaikan cara-cara mereka, " customer is always right"

Sunday, April 27, 2008


Assalmmualaikum dan salam sejahtra.


Bertemu lagi kita hari ini, alhamdulillah kakiku yang sakit beransur pulih hanya bahgian buku laliku yang masih bengkak. Anda diluar sana macammana? Mudah-mudahan sehat-sehat hendaknya.


Hari ini kita bercerita tentang topik ..." Macammana Mengatasi Kasut yang terlekang gum ". Saya rasa masalah ini pernah berlaku kepada semua orang termasuklah diri saya sendiri. Yang paling menyedihkan kejadian itu berlaku ketika anda bersiar-siar di taman bunga bersama keluarga atau pun dengan orang yang tersayang. Bayangkanlah tiba-tiba anda rasa kasut,sandal anda terngangga tapaknya.... Dah ditempat awam..., banyak mata yang memandang pergerakan anda.. Bermacam-macam perasaan yang timbul difikiran anda ketika itu ...kannnn!!! Rasa malu, marah pun ada tapi yang lebih menyedihkan kasut atau sandal tu juga yang menjadi sumpah seranah anda. Kesian kasut tu kannn.....!!


Nasihat saya anda jangan panik dalam situasi begitu..., nak salahkan siapa, perkara dah nak jadi...., sekarang apa yang perlu lakukan? 1. Perkara yang pertama cuba dapatkan kasut atau selipar untuk anda pakai sementara waktu. 2. Jika tiada kedai yang menjual selipar ...,dapat tukang kasut untuk membaiki kasut anda . 3. Jika tiada juga tukang kasut ditempat itu balik saja kerumah atau dalam perjalanan pulang kerumah perhatikan disekeliling terdapat ke kedai membaiki kasut ataupun tukang-tukang kasut di kaki lima. 4. Kalau tak ada juga tukang kasut dikawasan anda pulang terus kerumah.


Ok..., saya akan bantu anda untuk membaiki kasut anda. Periksa tahap kerosakan kasut anda, jika terlalu teruk hantarkan saja kepada orang yang lebih arif. Jika kerosakannya sedikit anda sendiri bolih lakukan, mula gunakan kertas pasir yang agak kasar gosokkan dikedua bahagian tapak dan kulit kasut, lakukan sehingga nampak satu lapisan permukaan yang baru. Bersihkan habuk-habuk yang ada, gunakan berus kecil buatlah satu sapuan gum dikedua permukaan tadi,jangan terlalu tebal dan biarkan seketika, kemudian buat satu lagi sapuan yang nipis dan biarkan seketika. Anda bolih menjemurnya dibawah cahaya matahari ataupun biarkan begitu saja. Bila sapuan gum tersebut sudah kering barulah dilekatkan .Hati-hati sewaktu melekatkannya jangan ada bahagian yang terlebih. Selamat mencuba.


Berjumpa lagi dilain masa,

Wasslam.



Friday, April 25, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera



Apa kabar anda semua ,,semuga sehat hendaknya...Apa perancangan hari ini ? Mungkin ada yang membawa keluarga pergi berkelah, mungkin ada gak yang membawa keluarga balik kampong ataupun mungkin ada yang membawa keluarga bersiar-siar ditepi pantai....., walaupun apa jua perancangan anda berhati-hatilah di jalan raya dan jangan abaikan keselamatan keluarga anda.



Hari ini saya tidak dapat menulis panjang kerana terpaksa menemui seseorang sebentar lagi. Lagi pun hari ini saya tidak berapa sehat.., kerana kaki saya sakit yang terpaksa saya menggunakan tongkat untuk berjalan.



Maaf kerana tidak meninggalkan komen-komen yang bernas hari.



Wasslam.

Selamat Datang


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu salam perkenalan diucapkan kepada semua peminat-peminat blog dan anda diluar sana. Saya merupakan orang baru dalam dunia blog ini dan inilah pertama kalinya saya menulis didalam ruangan blog. Mungkin akan terdapat banyak kesilapan yang akan dilakukan justru itu harapan saya agar anda semua tidak mentertawakannya tetapi membantu saya membaiki mutu tulisan saya begitu juga isi kandungnya.

Tentu anda semua tertanya apakah maksudnya klinik kasut tu....saya rasa anda semua tahu apa maksudnya. Mungkin ada yang berkata ....tempat membaiki kasut, kedai tukar tapak,tumit dan sebagainya. Tetapi sebenarnya terjemahanya amatlah luas.

Apa yang akan dibincangkan ini adalah dari pengalaman saya menjadi seorang tukang kasut. Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada semua peminat-peminat blog atau pembaca yang bergelar tukang kasut.

Saya ingin berkongsi dengan anda ilmu yang saya dapat, sekurang-kurangnya apa yang saya ada ini dapat dikongsikan dengan anda semua. "orang bijak pandai ada berkata , ilmu yang baik itu wajib disebar-sebarkan agar semua mendapat manafat bersama ".

Kalau nak bercerita tentang "repair" kasut ni..., 2 hari 2 malam pun tak kan abis... tukar tapak laa.., tukar tumit la.., tukar lapik tumit laa.., tambah "half sole" laa.., tukar warna laa..,kecilkan size laa..,pejagaanya dan bermacam-macam lagi.

Cukup sampai disini dahulu coretan saya, sila tinggalkan komen atau pertanyaan anda untuk kita bincangan nanti.

Wassalam.